KAUM hawa mesti rasa tudung benar-benar bersih selepas dicuci bukan? Tapi setelah siap dicuci, tudung sudah kering, masih ada lagi kesan kotoran! Hmmm…..tahukah anda, 90 peratus wanita guna cara yang salah untuk mencuci tudung.

Sudahla beli tudung mahal lagi berjenama, pakai 3 hingga 4 kali sudah lusuh dan nampak tidak cantik. Sebabnya? Cara cuci dan penjagaan tudung yang tidak betul. Sayang tau, beli tudung mahal-mahal pakai sekejap aja sudah nampak buruk.

Berikut ada 5 cara cuci tudung dengan betul. Jika mahu tudung kekal cantik seperti baru, bersih dan tahan lama, anda pun mesti la ikut cara ini ok?

5 CARA CUCI TUDUNG DENGAN BETUL

1. ASINGKAN IKUT WARNA

  • Tujuannya, supaya tidak terjangkit warna dan melekat pada tudung yang berwarna cerah. Ada sesetengah fabrik jenis yang turun warna jika dibasuh.
  • Jadi jika hendak selamat, pastikan asing mengikut warna ya. Jangan dicampur kesemua tudung dalam satu bekas yang sama.

2. CUCI TANGAN

  • Ramai yang ambil ringan bab ini. Semua tudung main campak aja dalam mesin basuh.
  • Oh tidak……tahukah anda, tudung akan rosak dan kotoran tidak akan hilang jika kita guna mesin basuh.
  • Sebaiknya, cuci guna tangan sahaja. Jika perlu, sental atau gosok-gosok manja sahaja. Supaya tudung kita boleh tahan lama dan cantik.

3. ASING TUDUNG DENGAN PAKAIAN

  • Ini pun ramai yang tidak kisah. Cuci tudung sekali dengan pakaian. Macam mana tudung kita akan bersih?
  • Jadi, cuci tudung dan pakaian secara berasingan.

4. GUNA BERUS LEMBUT

  • Ada sesetnagh kotoran degil susah sangat untuk dicuci. Ingat, jangan pula pergi sental tudung tu apatah lagi menggonyoh! Rabak nanti tudung tu kakak.
  • Sebaiknya gunakan berus gigi lembut untuk buang kotoran degil.

5. BAHAN PENCUCI SESUAI

  • Gunakan bahan pencuci jenis lembut dan tidak mempunyai bhan kimia yang tinggi.
  • Ini untuk memastikan fabrik tudung tidak mudah rosak.
  • Elakkan guna pencuci serbaguna sebabnya kebanyakkan pencuci serbaguna agak kuat untuk fabrik yang sensitif.

TIP:

Jika ada bajet lebih, beli sabun pencuci khas untuk tudung. Soalnya, jika anda tidak cukup masa atau malas, anda boleh aja rendam tudung dengan sabun khas itu tanpa memberus atau menggosok. Lagi mudah dan jimatkan masa bukan?

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda