KEGEMBIRAAN percutian tiga beradik bertukar tragedi apabila mereka lemas ketika bermain di Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang Ahad, mangsa yang berumur di antara lima dan 10 tahun itu hilang dipercayai dihanyutkan arus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Saifuddin Muhammad berkata tiga kanak-kanak berkenaan, Nurain Sasabila Zawawi, 5, Nurain Sufia, 8, dan Nurain Fatma, 10, berasal dari Rantau Panjang, Kelantan datang bercuti ke pantai bersama anggota keluarga mereka.

OMBAK TERLALU BESAR

Difahamkan ibu bapa mangsa tidak mengikuti percutian tersebut dan berada di kampung ketika kejadian.

“Maklumat awal mengatakan Nurain Sasabila dan kakaknya, Nurain Sufia dikatakan pergi ke pantai untuk mengambil angin dengan mak saudara mereka.

“Difahamkan ombak terlalu besar dan menarik mangsa ke arah laut. Kakak sulung mereka, Nurain Fatma cuba untuk menyelamatkan adik-adiknya tetapi turut ditarik ombak dan ketiga-ketiga mangsa terus dihanyutkan ombak ke tengah (laut),” katanya sepertimana dilaporkan Bernama.

Saifuddin berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada kira-kira 7.09 malam tadi bersama 11 anggota bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama agensi keselamatan lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam.

“Buat masa ini, pihak kami hanya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pesisir pantai berikutan cuaca yang gelap dan ombak besar.

“Operasi akan bersambung pada pagi esok dengan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 dan unit selam skuba bagi mencari ketiga-tiga mangsa,” katanya.

BACA>>>> Anak Bunuh Ibu Kandung Selepas Halang Bercinta Dengan Kekasih FB

SUMBER: Astro Awani

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda