SIAPA kata jadi suri rumah itu kerja mudah? Mana tidaknya, tidak payah bersusah-payah pergi kerja, “hanya duduk rumah jaga anak saja”.

Tetapi anda silap! Kajian mendedahkan bahawa yang duduk rumah jaga anak sepenuh masa lagi susah dari pergi kerja mencari rezeki.

Berikut adalah hasil kajiannya:-

BACA>>> 10 Tip Jadi Supemom: Ibu Bekerja, Anda Boleh Berjaya Dalam Pengurusan Rumah Tangga

Kajian yang dilakukan oleh AVEENO Baby ini memberikan keputusan yang sangat luas termasuk bagaimana media sosial menjadi salah satu dari punca tekanan.

Berdasarkan kepada tinjauan itu mendapati 31 peratus ibu bapa baru bersetuju yang menjaga anak di rumah sepenuh masa lebih susah. 55 peratus pula mengakui yang mempunyai anak merupakan ‘kerja keras’, walaupun mempunyai sokongan yang kuat.

Manakala, 20 peratus lagi mendapati yang menjaga anak sepenuh masa merupakan tugas yang sangat sukar.

Bagaimanapun, suku dari ibu bapa ini tidak bersetuju dan mengatakan bahawa menjaga anak adalah tugas yang sangat mudah.

71 peratus mereka juga mengatakan yang impak sosial media dalam dunia moden sekarang membuatkan mereka tertekan untuk bersaing menjadi ibu bapa yang baik.

WANITA PILIH KERJA DARI SURI RUMAH

Bedasarkan laporan lain daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan undian Amerika Syarikat, Gallup Inc, satu kajian yang dilakukan mendapati sebahagian besar wanita di seluruh dunia memilih bekerja.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 149,000 individu dewasa di 142 negara pada, hanya satu daripada tiga wanita dan lelaki mahu wanita kekal di rumah.

Kira-kira 70 peratus wanita dan 66 peratus lelaki memilih wanita untuk bekerja di seluruh dunia.

Bagi yang masih terfikir-fikir kenapa jadi suri rumah adalah perkara yang paling susah? Baca artikel ini: 6 Sebab Kenapa Jadi Suri Rumah Itu Adalah Pekerjaan Yang Paling Susah di Dunia

Jadi, lepas ini janganlah asyik pandang rendah pada suri rumah ini. Mereka paling kuat mental dan fizikal tau!

SUMBER: OK | BHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda