Menjaga anak lelaki selepas berkhatan sememangnya satu cabaran bagi ibu bapa yang berhadapan keadaan ini buat pertama kalinya. Bagi mengelakkan luka dan risiko pendarahan, ibu bapa pasti mahukan kaedah yang lebih baik.

Jadi bagi ibu bapa yang merancang untuk khatankan anak musim cuti sekolah ini tetapi masih ragu-ragu tentang kaedah berkhatan yang lebih baik?

Berikut adalah perkongsian Dr Zubaidi Ahmad tentang kaedah berkhatan yang boleh dipilih oleh ibu bapa semua.

BACA>>> 10 Tip Penjagaan Luka Berkhatan Agar Tidak Bentan Dan Cepat Sembuh

KAEDAH BERKHATAN YANG TERBAIK

Salam doktor… Saya nak bertanya pendapat. Anak saya berumur 6 tahun bercadang untuk berkhatan pada cuti sekolah ini. Antara kaedah clamp dan konvesional, mana yang terbaik doktor? Yang mudah sembuh dan kurang risiko. Saya confius sama ada nak berkhatan dengan tok mudim atau klinik yang menggunakan clamp.

WALAIKUMUSALAM

Berkhatan dapat dilakukan dengan pelbagai teknik.

1. TEKNIK CLAMP 

Adalah teknik terbaru menggunakan “sarung plastik” bagi mengurang pendarahan dan prosedur dapat dilakukan dengan lebih cepat. Proses penyembuhan juga dikatakan lebih cepat. Cuma kosnya lebih mahal.

2. TEKNIK KONVESIONAL

Menggunakan kaedah jahitan adalah kaedah yang lama dan lebih murah. Risiko pendarahan lebih tinggi jika dilakukan oleh doktor muda atau pembantu pegawai perubatan yang kurang berpengalaman.

Sekarang khatan lelaki dilakukan oleh doktor pakar di hospital swasta, doktor am di klinik dan pembantu pegawai perubatan di pusat kesihatan tertentu.

BACA>>> Was-Was Bawa Anak Perempuan Bersunat? Baca Perkongsian Doktor Ini

Saya tidak pasti jika ada tok mudim tradisional yang masih melakukannya.

Cara terbaik berbincanglah dengan doktor yang merawat. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain.

Semoga bermanfaat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda