TULAR sudah lama kaedah buang hingus dengan menggunakan semburan air di laman sosial. Tidak dinafikan, ramai ibu bapa turut mempraktikkan amalan tersebut sebagai langkah awal mengelakkan selsema anak menjadi lebih teruk.

Pun begitu, tidak semua ibu bapa berani mencuba, lebih-lebih lagi mereka yang masih ragu-ragu keselamatan anak mereka, sama ada selamat atau tidak ia dilakukan pada kanak-kanak?

Ini penjelasannya…

BACA>>> Petua Atasi Masalah Hidung Bayi Tersumbat Ketika Selesema

RAMAI yang bertanya berkait dengan kaedah buang hingus bayi dengan sembur air. Lalu dipost satu video seorang ibu muda dari Thailand sedang menyembur hidung anaknya menggunakan picagari bagi membuang hingus. Nampak happy saja budak comel itu. Tiada masalah pun.

TIDAK SELAMAT BAGI BAYI BAWAH 2 TAHUN

Kaedah berkenaan telah diluluskan dan selamat digunakan. Badan Berkuasa Makanan dan Ubatan (FDA) mengulas lanjut dalam isu berkenaan.

Nasihat dari FDA, menggunakan Neti Pots atau picagari selamat untuk bayi yang berumur 2 tahun ke atas. Bagi bayi yang kurang dari 2 tahun, dikhuatiri tidak dapat “synhcro” dengan pernafasan melalui mulut. Malah aktiviti “tidak terkawal atau liar” mereka boleh menyebabkan sukar untuk menyembur air ke dalam hidung.

GUNA AIR BERSIH UNTUK ELAK JANGKITAN KUMAN

FDA juga menasihatkan agar ibu bapa menggunakan air yang bersih sama ada air suling, air yang sudah ditapis nyahkuman, atau air yang sudah dimasakkan bagi mengelakkan jangkitan kuman. Boleh juga dicampur sedikit garam.

PERLU MAHIR, JIKA SALAH AIR BOLEH MASUK PARU-PARU

Walaupun kaedah berkenaan selamat, namun ibu bapa perlu mahir untuk membuat semburan. Jangan terlalu gopoh dan laju sehingga memancut air masuk ke rongga pernafasan. Jika demikian ia akan mendatangkan mudarat besar kepada bayi anda kerana air akan masuk paru-paru.

KAEDAH LAIN?

Kaedah lain yang boleh digunakan bagi membuang hingus dalam hidung bayi adalah dengan menyedutnya.

Saya pernah melihat seorang bapa mithali menyedut hingus anaknya dengan mulut. Walau nampak jijik, tetapi mungkin itu langkah terbaik diwaktu terdesak.

Anak-anak yang kecil kekadang tidak dapat synchro pernafasan mereka melalui hidung atau mulut sehingga kelihatan mereka akan meronta sesak nafas dek kerana hidung tersumbat. Sedutlah penyelamatnya.

BACA>>> Teknik Stim dan Tepuk Percussion Mujarab Legakan Selesema dan Kahak Anak

Di pasaran, terdapat alat khas boleh kita beli untuk menyedut hingus bayi anda. Getah penyedut ini lebih selamat digunakan bagi menyedut hingus bayi anda.

SUMBER: Suhazeli.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda