ADAKAH andarasa bersalah selepas memarahi anak? Kerap rasa menyesal kerana tidak dapat jadi ibu bapa yang baik? Jika ya, anda tidak keseorangan. Boleh dikatakan, majoriti kita akan rasa sangat menyesal selepas marah, herdik, maki atau pukul anak.

Skil keibubapaan yang bagus memerlukan masa. Untuk jadi ibu bapa hebat, kita perlu sentiasa belajar. Ingat, tiada sesiapa pun dapat jadi ibu dan bapa bagus pada hari pertama. Jadi, ambil langkah ini sebagai panduan bagaimana mahu jadi ibu bapa terbaik:


1. JADI PENDENGAR YANG BAIK

  • Amat penting untuk memahami anak. Jadi, sangat penting jadi pendengar yang baik.
  • Kebanyakan kita selalunya hanya menjelaskan apa yang tidak boleh dan boleh.
  • Tidak beri peluang untuk anak luahkan apa yang dipendam.
  • Pastikan beri sepenuh perhatian dan berkomunikasi dengan anak.

2. TUNJUK KASIH SAYANG

  • Siapa yang tidak sayang anakkan? Tetapi jangan lupa tunjukkan kasih sayang tersebut.
  • Kanak-kanak atau sesiapa pun tidak mampu membaca fikiran orang lain.
  • Tunjukkan kasih sayang kepada anak setiap hari.
  • Anak-anak pasti rasa selamat, bahagia dan dekat dengan ibu bapanya.

3. LUANG MASA 

  • Antara luangkan masa dan luangkan masa berkualiti adalah berbeza.
  • Cuba luangkan masa bersama anak dengan cara lebih interaktif, seperti bermain permainan, bercerita atau berborak. Ini akan menguatkan lagi hubungan kita dengan anak.

4. TEGAS, ADIL DAN MESRA

  • Penting untuk membuat peraturan di rumah.
  • Peraturan tersebut mesti adil dan tidak terlalu kejam.
  • Komunikasi penting bagi pelaksanaan ini, tiada ugutan dan penderaan.
  • Anak mesti hormat dan bukan takut pada kita.

5. TEGAS ADA BATAS

  • Jangan buat peraturan hanya untuk anak.
  • Jangan terlalu kejam hingga buat anak rasa stres dan akhirnya memberontak.
  • Jika anak terlalu ikut peraturan secara ketat, ini akan membuatkan dia tidak akan patuh lagi.

6. JADI IDOLA 

  • Kita sebagai ibu dan ayah ialah idola anak-anak.
  • Jangan kita hanya menyuruh dan memerintah. Tetapi kita juga mesti buat seperti apa yang dipesan kepada anak.
  • Mereka akan lebih terikut dengan perbuatan kita.
  • Jadilah contoh terbaik buat mereka.

7. GUNA PENGHARGAAN, BUKAN KECAMAN

  • Penting untuk kita bersikap positif.
  • Cuba beritahu anak, apa yang perlu dilakukan.
  • Puji mereka untuk menunjukkan penghargaan. Perbuatan baik dibalas baik.

8. BERSIFAT TERBUKA DALAM BELAJAR

  • Cari maklumat tentang ilmu keibubapaan.
  • Banyakkan membaca dan bertanya pengalaman orang lain.
  • Jika kita terus bersikap terbuka dan mahu belajar, Insya-Allah, lama-kelamaan kita mampu jadi ibu dan ayah cemerlang.

9. LETAKKAN DIRI DI TEMPAT ANAK

  • Sebelum mengkritik perangai anak, penting untuk kita fahami mereka dari sudut lain.
  • Ingat semula tentang perangai, perasaan dan kemahuan kita ketika kecil dulu.
  • Beri anak peluang menjelaskannya.
  • Memang mudah menghukum berbanding memaafkan dan memahami.

10. SABAR

  •  Jangan ingat anak akan berubah dalam masa sehari atau menyangka diri kita sudah jadi ibu bapa terbaik.
  • Semua ini perlukan masa dan perubahan akan datang seiring dengannya. Sabar.

SUMBER: MomJunction

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda