PRODUK cucian kebiasaannya mempunyai bahan kimia yang berfungsi menghilangkan kotoran degil, tetapi banyak pula yang tidak memberikan kesan terbaik.

Apa kata cuba cara alternatif yang mudah diperoleh dari kabinet dapur rumah anda, iaitu soda penaik (baking soda) dan cuka sebagai penganti kepada produk cucian siap diguna pakai.

Ada 5 cara terbaik menggunakan baking soda dan cuka sebagai agen pencuci.

1. SINKI TAHAN KARAT BERSIH BERKILAT

Jika mahu sinki kelihatan bersih berkilat boleh ikuti cara ini:

  • Basahkan sinki dengan air dan tuangkan baking soda ke dalam sinki, kemudian gosok sinki.

ATAU

  • Basahkan tisu yang sudah dituangkan dengan sedikit cuka dan biarkan selama 20 minit. Tengok hasilnya selepas itu.

2. PEMBERSIH BEBAS TOKSIK BILIK AIR

Lupakan tentang produk kimia yang ada di pasaran. Mari kita cuba cucian baking soda untuk kegunaan yang lebih selamat.

Bahan-Bahan

2⁄3 cawan baking soda
½ cawan sabun cecair pencuci pakaian
½ cawan air
2 sudu teh cuka
Botol pembersih

Cara-Cara: Campurkan baking soda dan cecair cucian pakaian ke dalam botol pembersih, kemudian air dan cuka. Goncang untuk mencampurkannya. Sebelum guna, goncang botol terlebih dahulu.

Cara Bersihkan: Jiruskan air pada tempat kotor dan gosok menggunakan span hingga kotoran hilang dan bersihkan dengan air.

3. BERSIHKAN KARPET

Gosok lembut kawasan karpet yang mengandungi kotoran dengan campuran 2 sudu teh garam dan setengah cawan cuka. Biarkan kering kemudian vakum.

4. MENINGKATKAN KUALITI CUCIAN PAKAIAN

Tambahkan setengah cawan baking soda dalam pencuci pakaian dapat membantu membuatkan baju lebih putih dan warna jadi lebih terang.

5. PEMBERSIH PETI SEJUK

Hanya guna campuraan air dan cuka bagi membersihkan keseluruhan peti sejuk ialah cara yang lebih selamat. Bagi mengelakkan pertumbuhan kulat, cuci dinding dan hadapan peti sejuk dengan cuka yang sudah dituangkan pada kain. Bagi memberikan kesan lebih segar dalam peti sejuk, boleh letak baking soda dalam peti sejuk.

SUMBER: Reader’sDigest

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda