ANAK kencing malam? Sebenarnya, kencing malam memang kerap terjadi apabila anak di bawah lima tahun mula beralih fasa bercerai lampin.

Ia adalah perkara normal bagi anak-anak di usia itu kerana mereka masih belum tahu cara untuk mengawal pundi kencing sepenuhnya. Proses ini mengambil masa dan bukanlah semudah yang kita sangkakan.

Bagaimanapun, jika mereka mengambil masa terlalu lama, tentu kita pun boleh hilang sabar. Tapi jangan khuatir, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, begitu juga dengan kencing malam ini.


9 PETUA ATASI MASALAH ANAK KENCING MALAM

1. KEJUT ANAK

Bangunkan mereka pada waktu malam untuk ke tandas. Lama-kelamaan mereka akan bangun dengan sendiri bagi membuang air kecil.

2. JANGAN EJEK

Jangan mengejek jika anak kencing malam kerana mereka cenderung berasa malu dan tertekan. Sebaliknya nasihat dan terus menyokong mereka serta berusaha merawatnya.

3. JANGAN DUKUNG ANAK KE TANDAS

Pastikan anak bangun sepenuhnya dan jangan dukung mereka supaya mereka dapat mengingati tujuan sebenar dibangunkan untuk ke tandas pada malam hari.

4. KURANGKAN MINUM WAKTU MALAM

Beri si kecil minum banyak pada waktu siang dan bukannya malam. Terhadkan pengambilan air terutamanya jenis berkarbonat. Elakkan ,memberi anak minum minuman bergula dan berkafein.

5. JANGAN LUPA MEMUJI

Beri pujian dan semangat apabila anak anda tidak kencing malam.

6. SOKONG ANAK

Sokongan moral penting dan elakkan daripada mendenda anak sebaliknya berikan perangsang agar dia berjaya mengatasi masalah itu suatu hari nanti.

7. JAGA PEMAKANAN

Jaga pemakanan mereka dengan menambahkan banyak sayur-sayuran dan makanan berkhasiat. Ini penting untuk mengelakkan mereka daripada mengalami sembelit yang biasanya mengurangkan jumlah air kencing ditahan pundi kencing.

BACA>>>> Kanak-Kanak Dengan Sarapan Pagi Berkualiti Lebih Fokus Dalam Pembelajaran

8. ALAS TILAM DENGAN PLASTIK

Plastik biasanya kalis air. Jadikannya sebagai alas tilam dengan meletakkannya di bawah cadar. Jadi air kencing tidak akan menembusi tilam.

Jika tidak selesa, terdapat pelbagai pelindung tilam jenis lembut yang kalis air.

9. AMBIL UBAT

Jika semua tidak berhasil, pengambilan ubat adalah jalan terakhir.

Tapi, biasanya ubat perlu diambil dalam jangkamasa yang agak lama kerana jika berhenti, kencing malam akan terjadi lagi. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memberi sebarang ubat-ubatan kepada anak.

BAGAIMANA JIKA IA MASIH BERLARUTAN?

Sekiranya anak anda sudah dilatih buat sekian lama tetapi tiada perubahan positif, bincangkan dengan pasangan dan rujuklah pada pakar kesihatan kanak-kanak.

Ia mungkin petanda masalah kesihatan bagi anak yang berumur tujuh tahun ke atas.

Pada umur sebegini, sepatutnya kanak-kanak seusia mereka sudah pandai mengawal pundi kencing. Bawa anak ke klinik untuk penilaian kesihatan di pundi kencing mereka.

BACA>>>> 5 Tip Mudah Ajar Anak Supaya Tidur Sendiri Tanpa Perlu Menyusu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda