SUAMI bila diminta lakukan sesuatu ada saja alasannya antaranya tidak tahu dan tidak pandai. Penat isteri buat semua kerja sendiri-sendiri kerana alasan yang tidak masuk akal disebabkan malas nak tolong isteri.

Bagaimanapun, tidak semua suami macam ini, ada saja yang ringan tangan tolong isteri tanpa disuruh. Namun, jumlahnya amatlah sedikit!

Berikut adalah 5 alasan popular yang sering kita dengar dari suami dikongsikan oleh Mohd Fhais. Jika ada suami yang tidak pernah ucapan perkataan ini, anda patut bersyukur dan jagalah suami anda baik-baik!

BACA>>> ‘Saya Tidak Buat Apa Pun!’ Inilah Sikap Suami Punca Isteri Alami Depresi

Jangan Guna 5 Alasan Ini Biarkan Isteri Kepenatan Kerja Seorang Diri

1. TIDAK TAHU

Abang tak tahu tukar pampers, sayang buat lah.”

  • Tidak tahu atau buat-buat tidak tahu adalah alasan paling biasa kita dengar. Ini cara senang nak bagi tahu yang kita malas dan tidak berusaha.
  • Buat saja dulu, alasan kemudian. Walaupun gagal sekurangnya boleh jadi teladan pada anak-anak.

2. TIDAK PANDAI 

“Abang mana pandai buat kerja rumah, abang bukan orang rumah.”

  • Tiada manusia yang lahir terus pandai buat kerja rumah, ada saja orang rumah yang tidak buat kerja rumah.
  • Tidak pandai boleh belajar tapi kalau tidak belajar tiada siapa boleh bantu walaupun seorang jutawan rumah.

3. TIDAK YAKIN

“Abang tak yakin nak mandikan anak baru lahir, tangan abang kasar nanti patah tulang anak kita.”

  • Keyakinan tidak boleh di beli di supermarket, keyakinan juga tidak boleh di warisi dari ibu bapa.
  • Tetapi keyakinan perlu di bentuk dari latihan dan tindakan.

4. TIDAK BOLEH

Abang tak boleh nak jaga anak seorang diri.”

  • Percayalah, jika isteri kita boleh mengandungkan anak 9 bulan 10 hari seorang diri, lelaki pasti boleh jaga anak paling kurang pun untuk 9 hari.

5. TIDAK PERNAH

Abang tak pernah buat susu sebelum ni, dekat universiti tak pernah ajar pun.”

  • Universiti tempat menimba ilmu dan tempat melahirkan golongan berilmu.
  • Rumah pula tempat kita mencurah bakti dengan mempraktikkan ilmu yang kita pelajari dari pengalaman, universiti mahupun dari kedai mamak.

BACA>>> Seronok Tolong Isteri Buat Kerja Rumah Jadi Rahsia Rumah Tangga Bahagia

Kadang-kadang bukan isteri tidak boleh baca yang suami ini sebenarnya malas dan banyak bagi alasan.

Walaupun sudah tahu mereka tetap suruh suami buat kerja rumah.

Sebabnya mereka tidak pernah berhenti BERHARAP yang satu hari nanti suami dia akan berubah.

Percayalah tiada kerja di dunia ini yang lelaki tidak boleh buat kecuali kerja Tuhan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda