HAMPIR semua ibu mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan nanti comel, sihat, mempunyai kulit yang putih dan cerah. Namun tidak semua berjaya mendapatkan bayi yang putih walaupun ayah dan ibunya sendiri berkulit cerah.

Sebenarnya terdapat banyak petua yang kita boleh amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak yang comel dan sihat.

Bagaimanapun, perkongsian ini sekadar petua dan amalan. Apa-apa pun, kita berusaha dahulu ya.

8 AMALAN UNTUK DAPATKAN BAYI COMEL DAN SIHAT

1. AMALKAN BACA SURAH YUSUF DAN SURAH MARYAM

Memang elok sebenarnya jika kita membaca Al-Quran setiap hari. Bukan semata-mata untuk lahirkan anak yang comel, malah untuk melembutkan hati anak yang dikandung. Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil baca ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman.

Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil, anda dapat khatam Al-Quran. Namun, jangan pula amalan membaca Al-Quran dihentikan selepas melahirkan. Teruskan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin sampai bila-bila.


2. PEMAKANAN MESTI DIJAGA

Kata orang tua-tua, pemakanan sayuran hijau sangat membantu untuk dapatkan bayi yang berkulit cantik. Antara sayuran yang sesuai ialah bayam dan brokoli. Sayuran jenis kekacang seperti buncis dan kacang panjang juga adalah digalakkan.

Buah-buahan seperti oren, anggur dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil. Sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.

Kurma merupakan antara makanan pilihan untuk wanita yang sedang hamil. Selain boleh mencerdaskan minda, ia juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.

BACA>>>> 10 Makanan Ibu Hamil untuk Dapatkan Bayi Putih Gebu


3. AIR KELAPA

Bukan kelapa yang campuran tau. Digalakkan ibu hamil meminum air kelapa yang asli, terutamanya kelapa pandan. Selain dikatakan kulit bayi menjadi cerah dan comel, ia juga dikatakan boleh melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.

Lendir dan darah tidak mudah melekat pada bayi ketika saat dilahirkan. Air kelapa sangat disarankan untuk diminum ketika kandungan memasuki tujuh bulan. Jangan pula minum ketika di awal kehamilan ya. Bahaya untuk kandungan anda.

BACA>>>> 13 Manfaat Air Kelapa Muda yang Perlu Ibu Hamil Minum


4. TELUR AYAM KAMPUNG

Telur merupakan antara sumber protein. Tetapi bukan semua jenis telur sumber protein terbaik tau.

Sebagai contoh telur ayam yang telah dicucuk supaya membesar dengan cepat. Bila menggunakan kaedah ini, tentu sekali ada bahan kimia yang terlibat.  Jadi, amalkan mengambil telur ayam kampung sebagai ganti.

BACA>>>> ‘Telur Mata Goyang’ Bahaya untuk Ibu Hamil, Boleh Sebabkan Keguguran?


5. GAMBAR BAYI COMEL

Orang lama-lama kata ibu hamil akan kenan gambar bayi yang setiap hari dilihatnya. Kalau boleh, jadikan wallpaper telefon pintar anda dan jangan lupa letak di desktop komputer juga.


6. SOYA

Hal ini sangatlah banyak percanggahan berikutan dikatakan soya adalah tidak bagus untuk kesihatan dan juga kulit. Namun bukan semua soya tidak bagus. Anda perlu bijak memilih soya untuk diambil ketika hamil.

Ada 2 jenis soya di pasaran. Satu yang ditanam dan dihasilkan secara semulajadi tanpa bantuan baja dan bahan kimia. Sejenis lagi ialah soya yang dicucuk supaya buahnya cepat matang. Kebanyakan soya yang ada di pasaran adalah soya yang dicucuk dan dibaja dengan bahan kimia. Kerana itulah banyak sangat kesan buruk yang mungkin berlaku sekiranya kita meminum soya di pasaran setiap hari.


7. DELIMA

Elok amalkan makan buah delima sebiji sampai habis jika mahu wajah anak berseri-seri. Dengan syarat, buah delima tersebut tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Selain itu, ada juga yang berpendapat sebiji buah delima mempunyai penawar segala penyakit. Pastikan habiskan setiap biji dalam buah delima itu tanpa membiarkannya jatuh atau dikongsi dengan orang lain!


8. SUSU KAMBING SEGAR

Minum segelas susu kambing segar yang dikisar bersama bersama 7 biji kurma. Bab ini kita terpaksa rajin sikit untuk cari susu kambing segar.

Susu sumber kalsium yang sangat penting untuk kesihatan tulang dan mengelakkan ibu mengalami kekejangan otot kaki terutamanya ketika tidur malam. Pada yang tidak suka minum susu, boleh mami amalkan tablet kalsium.

BACA>>>> Minum Air Kelapa Setiap Hari, Ini Tip & Perkongsian Ameera Zaini Ketika Mengandung

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda