KETIKA anak-anak bermain bersama abang mahupun kakak. Atau mungkin sepupu dan rakan-rakan, pasti tidak lari daripada perselisihan faham hingga menyebabkan mereka bertengkar dan bergaduh.

Biasanya jika keadaan ini berlaku, ramai ibu bapa akan mengambil tindakan untuk mengasingkan kedua-duanya untuk mengelakkan pertelingkahan yang lebih teruk.

Memang tidak salah tetapi keadaan ini sebenarnya adalah salah satu cara mereka belajar menyelesaikan masalah atau konflik sendiri.

BACA>>> 8 Tip Elak Anak Terus Bergaduh

KENAPA PERLU BIARKAN ANAK SELESAIKAN KONFLIK SENDIRI

Seorang Profesor Psikologi di University of Mary Washington, Holly Schiffrin berkata, ibu bapa tidak perlu menganggu atau memisahkan kedua-duanya jika berlaku pertengkaran sebaliknya perhatikan dahulu mereka.

“Jika tidak ada aktiviti membuli atau kelakuan yang menyebabkan kecederaan, biarkan saja anak-anak selesaikan sendiri konfliknya,” katanya.

Menurut Schiffrin, ketika pertelingkaran dan perselisihan berlaku adalah masa yang tepat untuk membiarkan anak-anak belajar membangun ketrampilan emosi mereka dan mencari penyelesaian yang tepat.

Daripada konflik inilah yang akan mengajar anak untuk belajar menyelesaikan masalah pada masa akan datang.

BACA>>> Bila Rasa Nak Marah Anak, Cepat-Cepat Praktik 5 Cara Pantas Ini…

BANTU MEREKA PILIH PENYELESAIAN SENDIRI, JANGAN PAKSA!

Bagaimanapun, jika pertelingakaran semakin teruk, ibu bapa perlu menenangkan kedua-duanya tanpa memberikan penyelesaian.

“Tanya pada anak apa yang ingin mereka lakukan? Sama ada untuk terus bertengkar atau bermain bersama? Minta kedua-dua mereka menceritakan keadaa sebenar dan membuat pilihan sendiri,” katanya lagi.

Tugas kita sebagai ibu bapa adalah untuk membantu mereka menghasilkan penyelesaian. Cuba tanyakan soalan seperti;

Apakah yang perlu dilakukan supaya pertelingkahan ini boleh berakhir? Atau apakah yang boleh dilakukan supaya adil bagi semua orang?

Tunggu tindakan anak anda! ingat, jangan sesekali memaksa anak menerima penyelesaian yang anda mahukan! Biarkan mereka melakukan penyelesaian sendiri.

Setelah pertelingkahan selesai, biarkan anak bermain semula. Jangan minta mereka berhenti bermain!

Tengoklah hasilnya nanti!

SUMBER: Parenting.Dream

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda