BAYI dan kanak-kanak di bawah 5 tahun tidak tahu mengekpresikan kesakitan yang mereka alami. Oleh itu, adalah penting ibu bapa untuk mengetahui tanda bahaya pada anak agar mereka mendapat rawatan segera.

KENAPA PERLU TAHU TANDA-TANDA BAHAYA INI? 

1. Kanak kanak TIDAK dapat berkomunikasi dengan jelas untuk memberitahu keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk.

2. Ibu bapa WAJIB hadam informasi berikut bagi mengetahui apakah tanda tanda bahaya pada kanak kanak, terutamanya pada yang berusia kurang dari 5 tahun.

3. Gejala merbahaya ini di kenali sebagai “warning sign” yang menandakan kanak kanak perlu dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan.

4. Kebanyakan kes yang melibatkan kematian atau keadaan kritikal di kalangan kanak kanak berlaku akibat kelewatan mendapatkan rawatan.

Berikut adalah 7 tanda dan gelaja bahaya bagi bayi dan kanak-kanak di bawah 5 tahun yang semua ibu bapa perlu tahu.

BACA>>> Lakukan 5 Tip Ini untuk Elak Anak Kerap Demam

1. DEMAM BERTERUSAN LEBIH 3 HARI

Jangan tunggu, jika anak sudah demam lebih daripada 3 hari, dapatkan pemeriksaan lanjut.

2. MUNTAH BERTERUSAN

Muntah berterusan dan tidak dapat minum akan menyebabkan kanak-kanak mengalami dehidrasi. Keadaan berterusan boleh menbawa MAUT!

3. LEMAH, LESU ATAU TIDAK SEDARKAN DIRI

Biasanya doktor akan bertanya pada ibu bapa “Adakah anak masih aktif dan bermain seperti biasa,?. Jika anak mengalami tanda ini segera bawa anak ke klinik dan hospital berhampiran.

4. MENGALAMI SAWAN

Sekiranya anak mengalami sawan. Jangan masukan benda atau objek ke dalam mulut. Lakukan rawatan awal sebelum bawa ke hospital dengan segera.

BACA>>> Jangan Panik Jika Anak Kena Sawan, Ibu Bapa Wajib Tahu 9 Langkah Ini

5. AIR KENCING YANG SEDIKIT

Mata menjadu kuyu dan bibir kering, kulit menjadi elastik dan bahagian atas kepala berlekuk merupakan antara tanda-tanda dehidrasi.

6. CIRIT-BIRIT DAN NAJIS BERDARAH

Jika ini berlaku, jangan tunggu. Dapatkan rawatan dengan segera.

7. TIDAK BOLEH MINUM DAN MENYUSU

SUMBER: Public Health Malaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda