VAGINA atau alat kelamin wanita ialah organ intim yang sangat sensitif. Ketidakselesaan atau alergi pada bahagian itu boleh menyebabkan masalah hubungan seksual sama ada kesakitan atau bau kurang menyenangkan.

Ada banyak punca berlaku alergi seperti perubahan hormon, kegatalan dan tekanan. Setiap penyakit memerlukan rawatan berlainan untuk pencegahan.

Jadi, apa kata kita perhatikan gejala dan cara rawatan yang sepatutnya dilakukan setiap wanita apabila berlaku ketidakselesaan vagina.

GEJALA YANG SERING BERLAKU PADA VAGINA

1. JANGKITAN BAKTERIA

Salah satu tanda kita dijangkitan bakteria ialah keputihan datang dengan banyak. Biasanya vaginosis bakterialis ialah antara jangkitan yang sering berlaku kepada wanita dalam usia produktif. Keadaan ini menyebabkan kita gatal, terbakar dan tidak selesa pada vagina, disebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam vagina.

2. JANGKITAN KULAT

Keadaan ini disebabkan pertumbuhan kulat berlebihan dalam vagina apabila keluar cecair putih tebal dan sedikit berbau. Ia diikuti rasa gatal, tidak selesa dan iritasi kulit di bahagian vagina sekiranya tidak dirawat.

3. TRIKOMONIASIS

Trikomoniasis ialah jangkitan yang berlaku akibat hubungan seks. Keadaan ini menyebabkan kita mengalami keputihan yang berwarna kuning kehijauan dan disertai rasa gatal dan terbakar, serta perit ketika hubungan seks.

4. VULVODYNIA

Vulvodynia biasa berlaku dengan rasa tidak selesa dan terbakar pada vagina. Keadaan ini menyebabkan kita sukar duduk dengan selesa menggunakan pakaian dalam atau melakukan hubungan seksual. Wanita dengan vulvidynia memerlukan rawatan khas yang cukup lama.

5. VAGINISMUS

Keadaan ini lebih teruk kerana wanita yang mengalami masalah ini tidak mampu melakukan hubungan seks atau memasukkan apa saja ke dalam vagina. Keadaan ini terjadi apabila otot sekitar vagina mengalami kontraksi terlalu kuat hingga vagina tertutup rapat.

6. VAGINA KERING

Vagina kering atau kurang cairan pelumas vagina boleh menyebabkan rasa tidak selesa, kegatalan dan pendarahan ringan ketika melakukan hubungan seks. Masalah ini sering dialami wanita yang sudah memasuki fasa menopausm tetapi ada juga dialami wanita dalam semua peringkat usia.


CARA RAWATAN DAN MENGATASI MASALAH VAGINA

1. Jangkitan bakteria dan trikomoniasis boleh diatasi dengan antibiotik yang diambil secara oral atau digunakan pada vagina.

2. Penyakit pada vagina akibat jangkitan kulat perlu menggunakan ubat antikulat seperti  krim atau ubat supositoria yang dimasukkan ke dalam vagina.

3. Vulvodynia memerlukan rawatan cukup lama bagi mengurangkan sakit pada vulva. Krim capsaicin boleh digunakan bagi mengurangkan gejala, tetapi memberi kesan tidak selesa.

4. Vaginismus kemungkinan memerlukan terapi seks, selain ubat-ubatan. Hipnoterapi juga kemungkinan dapat membantu mengatasi keadaan ini.

Bagaimanapun, cara terbaik mengatasi masalah atau penyakit vagina ialah menjaga kebersihan organ intim setiap masa supaya tidak mengganggu hubungan seks anda dan suami.

Jika mempunyai masalah di atas, jangan malu meminta pandangan pakar untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda