SESETENGAH tanda lahir membuatkan kita berasa cemas. Ini mungkin kerana ia nampak sedikit lain dari segi warna dan saiz. Untuk pengetahuan semua, tanda lahir adalah normal. Walaupun tidak semua bayi dilahirkan dengan tanda lahir, ini beberapa perkara yang kita perlu tahu.

APA ITU TANDA LAHIR?

Tanda lahir merupakan tanda pada kulit atau kesan yang kelihatan sejak lahir. Bagaimanapun, tanda lahir juga boleh muncul selepas dilahirkan.

Ia boleh jadi leper atau timbul dan menurut John Hopkins Medicine, ia sebenarnya terdiri dari sel pigmen atau saluran darah yang tidak normal.

Sebab sebenar terjadinya tanda lahir masih tidak diketahui, tapi kebanyakkan tanda lahir tidak bahaya.

TANDA LAHIR TERBAHAGIA KEPADA 2;

1. TANDA LAHIR BERPIGMEN

Berwarna akibat pigmen berlebihan di kawasan kulit tersebut. Selalunya berwarna gelap seperti tahi lalat.

2. TANDA LAHIR VASKULAR

Terjadi disebabkan saluran darah berkumpul di bawah kulit dan memberikan kesan kemerahan atau merah jambu.

Tanda lahir tidak merbahaya, bagaimanapun tanda lahir sebegini perlu mendapat pemeriksaan doktor.

  • Terletak di bahagian bawah belakang – ini mungkin menunjukkan isu saraf tunjang.
  • Tanda lahir sangat besar di muka, leher atau kepala
  • Terletak di bahagian yang boleh menjejaskan pergerakan atau perkembangan. contohnya kelopak mata.
  • Semakin membesar, atau terdapat perubahan yang ketara seperti warna atau tekstur.

BACA>>>> Kenali Warna dan Bentuk Najis Bayi, Mungkin Petanda Anak Ada Penyakit


5 JENIS TANDA LAHIR YANG BIASA TERJADI

1. SALMON PATCHES/ STORK BITES/ ANGEL’S KISSES

Berwarna merah jambu atau ungu dan tidak rata. Selalunya ada di kelopak mata, dahi, bibir atas atau belakang leher. Ia akan lebih ketara apabila bayi menangis.

Tanda lahir yang muncul di dahi atau kelopak mata (angel kisses) akan hilang apabila bayi anda mencapai umur 2 tahun. Bagaimanapun, stork bites (belakang leher) mungkin akan kekal hingga dewasa.

2. HEMANGIOMAS

Terdapat 2 jenis;

  • Muncul di permukaan kulit, strawberrry hemangiomas kerana warna merah terang dan bentuknya
  • Berada di bawah permukaan kulit, ungun kebiruan yang timbul pada kulit.

Walaupun di awal usia, kedua-dua jenis tanda lahir ini membesar dengan cepat, tetapi ia akan mengecut kemudian. Apabila anak itu berusia 10 tahun, tanda lahir ini akan meleper dan semakin pudar.

Secara amnya, kedua-dua jenis hemangioma tidak perlu dirisaukan. Namun, sekiranya ia terletak di matanya, tekak atau mana-mana yang mengganggu aktiviti kanak-kanak itu, dapatkan nasihat doktor.

3. MONGOLIAN BLUE SPOT

Tanda lahir yang berwarna kelabu ini selalunya dijumpai pada bayi Asia atau bayi yang berkulit gelap.

Ia selalunya berada di bahagian belakang bayi dan terjadi disebabkan pigmen yang berlebihan. Selalunya ia akan hilang apabila bayi berusia 3 atau 4 tahun.

4. PORT-WINE STAIN

Ini adalah tanda lahr vaskular yang muncul ketika lahir dengan warna merah jambu cair hingga ungu gelap. Ia selalunya ada di muka, kepala dan leher.

Ia tidak akan hilang apabila bayi semakin membesar. Malah ada yang menjadi semakin gelap dan besar. Ada juga yang leper semasa lahir tapi menjadi semakin timbul.

Selalunya, jika seseorang ingin menghilangkan tanda lahir ini, mereka akan menggunakan sejenis laser khas. Walaupun jarang terjadi, tanda lahir ini mungkin berkait dengan keadaan yang dipanggil sindrom Sturge-Weber yang berkait rapat dengan masalah penglihatan atau pertumbuhan yang lambat.

5. CAFE AU LAIT

Tanda lahir yang leper dan berwarna coklat ini sering kali dalam bentuk bujur dan dapat dilihat sejurus selepas dilahirkan. Warnanya boleh semakin pudar atau saiznya semakin kecil apabila si kecil membesar.

Bintik Cafe au lait kadang-kala muncul lebih dari satu. Bagaimanapun, jika mempunyai lebih dari 4 tanda lahir ini mungkin mempunyai neurofibromatosis.

Ia merupakan sejenis penyakit yang diturunkan secara genetik di mana tisu saraf tumbuh nerofibromas yang mungkin tidak bahaya atau sebaliknya dengan menekan tisu saraf dan tisu lain.

Jika anda dapat melihat lebih dari 4 tanda lahir ini pada anak anda, dapatkan nasihat dari doktor dengan segera!

Anak anda ada tanda lahir yang mana satu?

BACA>>>> Bagaimanakah Jaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir?

SUMBER: Buku Baby & Child Health Dr.Philippa Kaye

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda