NEGARA baru saja digemparkan kisah si ibu meroyan mengelar leher bayinya. Lebih menyedihkan lagi, suspek dikatakan mengelar leher anaknya itu selepas selesai membaca al-Quran tanpa sedar.

Apa yang perlu kita tahu, meroyan bukan isu lapuk kerana ia sudah lama berlaku. Masyarakt kita selalu menyalahkan suami jika isteri terkena meroyan selepas bersalin. Harus diingatkan, bukan suami saja yang boleh jadi punca isteri meroyan, tetapi keluarga mertua, keluarga sendiri, sahabat, atau persekitaran juga boleh membuatkan si ibu berasa murung dan tertekan.

APAKAH MEROYAN?

Meroyan atau rayan (Postpartum depression) ialah sejenis kemurungan yang menjejaskan wanita selepas melahirkan anak. Ini boleh berlarutan dalam jangka masa lama dan akhirnya menyebabkan si ibu jadi kurang siuman. Inilah antara punca utama kenapa ada kes ibu tergamak membunuh anak sendiri.

JENIS-JENIS MEROYAN 

1. MEROYAN API

  • Ibu akan jadi bengis, baran dan cepat marah sampai tahap menjerit dan lupa diri.
  • Emosi tidak stabil, asyik mood swing.
  • Perubahan sikap lebih ketara apabila sedang haid.
  • Kemarahan melampau, hingga boleh menghempas atau membaling anak yang kerap menangis.

2. MEROYAN KETUNG

  • Ibu menjadi murung, hiba, sayu, sedih, mudah menangis, sensitif dan ada masanya kelihatan seperti bodoh.
  • Meroyan ini selalunya berlaku pada ibu yang kehilangan anak.
  • Lebih teruk lagi, ada ibu yang bunuh diri akibat meroyan ketung.

3. MEROYAN URAT

  • Ibu mengalami ketegangan urat saraf hingga sentiasa merasakan diri seperti mengalami kekejangan otot.
  • Kerap berlaku ketika cuaca sejuk, atau ibu tersalah makan benda sejuk.
  • Berlaku kepada ibu yang melakukan kerja berat atau banyak menggunakan urat besar selepas bersalin.

4. MEROYAN LENDIR

  • Ibu sentisa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
  • Keguguran rambut yang sangat teruk.
  • Masalah dingin seks dengan pasangan.
  • Meroyan lendir terjadi akibat darah kotor dan angin jahat dalam perut tidak dikeluarkan dengan sempurna sepanjang tempoh berpantang.

5. MEROYAN TINGGAL

  • Ibu asyik kerap berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah.
  • Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri.
  • Ada tahap hingga berubah jadi ganas.

6. MEROYAN BULU

  • Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin.
  • Jik berlarutan, ibu akan mula menghidap radang sendi (rheumatoid arthirtis).
  • Meroyan bulu akan berlaku disebabkan darah nifas tidak keluar sempurna sepanjang tempoh berpantang.

7. MEROYAN KULIT

  • Ibu rasa gatal dan miang seluruh badan serta tergaru-garu seperti kera.
  • Itu tandanya darah kotor tidak habis keluar. Jadinya, kekotoran itu keluar melalui liang roma peluh.
  • Meroyan kulit terjadi jika darah nifas tidak dikeluarkan sempurna ketika tempoh berpantang.

Penting sangat untuk ibu, suami dan ahli keluarga tahu tentang jenis meroyan yang boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin. Apa paling penting, suami dan ahli keluarga perlu beri sokongan kepada kaum ibu yang melahirkan anak.

SUMBER: HidupSuriRumah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda