JOM kita buat face mask sendiri! Selalunya orang perempuan saja yang rajin buat masker muka untuk putih dan gebu. Tetapi kali ini, lelaki pula yang kongsi cara bagaimana mahu dapatkan kulit bersih, putih dan bebas jerawat. Senang saja, hanya guna beberapa bahan yang kita boleh ambil di dapur. Jom cuba petua yang dikongsikan Mohd Hasrul Hassan:

Bahan-Bahan:

  • Sebiji telur. Ambil putih telur sahaja, yang kuning boleh masak atau buang.
  • 2 sudu besar tepung besar.
  • 2 sudu serbuk kunyit (terpulang hendak guna jenama apa pun, asalkan kunyit).

Cara Penyediaan:

  • Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati.
  • Kemudian sapukan pada seluruh wajah dan biar hingga kering.
  • Kemudian bilas dengan air hingga bersih.

MANFAAT MASK KUNYIT

Seperti yang kita tahu, kunyit sangat banyak manfaat. Tidak kiralah untuk diletakkan dalam masakan, dijadikan ubat atau sebagai bahan utama dalam merawat kesihatan dan menjaga kecantikkan. Yang paling terkenal ialah orang India yang banyak menggunakan kunyit sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit mereka.

Kunyit bersifat antiseptik, antibakteria dan antioksidan. Sebab itu kunyit sangat membantu untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan pudarkan parut. Dan paling bagus, jika rajin dan konsisten, kulit akan jadi cerah.

  • Bagus untuk hilangkan parut pada wajah.
  • Boleh mengecutkan jerawat dengan cepat.
  • Menghaluskan kulit wajah.
  • Memutihkan kulit wajah.
  • Melicinkan kulit wajah.

KREDIT: MohdHasrulHassan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda