BISKUT raya antara persiapan wajib bagi masyarakat Melayu. Kalau beraya tanpa biskut raya, terasa macam kurang sempurna pula menu raya kita. Kepada pembaca yang teringin atau baru hendak belajar buat biskut raya sendiri, anda boleh cuba resepi dikongsikan jejaka ini!

Berikut bahan dan cara menyediakan biskut cornflakes rangup yang sangat mudah!

BAHAN-BAHAN

  • 250gm mentega
  • 300gm tepung gandum
  • 160gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh ‘vanilla essence
  • 1 sudu teh minyak butter (kalau tak letak pun ok)
  • 1/2 pek cornflakes

CARA PENYEDIAAN

  • Kisar mentega dan gula.
  • Masukkan kuning telur, vanilla essence dan minyak mentega.
  • Masukkan tepung gandum.
  • Setelah siap dikisar, sedia untuk bentukkan adunan.
  • Ambil satu sudu kecil adunan (bentukkan jadi bulat), dan golekkan ke dalam cornflakes yang dihancurkan.
  • Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160ºC dalam masa 20-25 minit.

Hasilnya, biskut cornflakes rangup dan sedap!!

Mudah, simple dan sedap! Lepas ini tidak kira suami, anak lelaki atau bujang pun boleh cuba buat biskut raya sendiri di rumah. Asal ada semangat dan kerajinan, semua hal pun jadi mudahkan? Barulah meriah raya tahun ini, biskut raya pun buatan sendiri. 😉

KREDIT: Paan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda