JANGKITAN virus papilloma manusia (HPV) lebih dikenali sebagai penyebab kepada kanser servik dan ketuat genital di kalangan orang dewasa.

Namun, bayi atau kanak-kanak juga boleh dijangkiti oleh virus HPV. Tidak ramai ibu bapa yang mengetahui anak mereka dijangkiti HPV kerana tidak menunjukkan sebarang gejala dan masalah kesihatan.

Jika anak dijangkiti, tanda dan gejala mungkin mengambil beberapa minggu, bulan ataupun tahun sebelum kelihatan. Secara amnya dan hampir 90 peratus daripada kes-kes ini, sistem imun badan akan menyingkirkan HPV dalam masa 1-2 tahun.

APA ITU HPV?

Human Papillomavirus (lebih biasa dikenali sebagai HPV) adalah salah satu jangkitan virus melalui hubungan seks yang menjangkiti lelaki, perempuan dan kanak-kanak secara meluas.

Di antara lebih daripada 130 jenis HPV terdapat 40 jenis yang boleh menjangkiti bukan sahaja kawasan kemaluan lelaki dan perempuan, tetapi juga mulut, kulit dan tekak.

TETAPI, jangan keliru antara Human Papillomavirus dengan virus Herpes atau Human Immunodeficiency Virus (HIV) kerana virus-virus ini yang juga dijangkiti melalui hubungan seks mengakibatkan gejala-gejala dan masalah kesihatan yang berlainan.

PUNCA JANGKITAN HPV

Kanak-kanak boleh dijangkiti HPV disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah proses kelahiran bayi yang lewat.

Penularan jangkitan HPV terjadi antara ibu dan bayi ini tidak selalunya berlaku kerana sistem kekebalan tubuh bayi boleh membasmi jangkitan apa-apa virus. Tetapi, sekiranya ibu memiliki jangkitan HPV, bayi juga berisiko mengalaminya menerusi proses kelahiran normal.

Kebiasaannya doktor akan melakukan ujian saringan pada bayi yang baru dilahirkan untuk mengenal pasti sama ada bayi terkena virus HPV atau tidak.

BACA>>> Kenali Warna dan Bentuk Najis Bayi, Mungkin Petanda Anak Ada Penyakit

BAGAIMANA HPV BERJANGKIT

  • Biasanya berjangkit melalui sentuhan pada bahagian kemaluan, paling kerapnya adalah semasa aktiviti seksual melalui dubur dan faraj – virus ini boleh berjangkit dari sentuhan tangan ke kemaluan, tangan ke dubur dan mulut ke kemaluan melalui liang kecil pada permukaan kulit semasa hubungan seks.
  • Penderaan seksual di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak menjangkiti ketuat kemaluan.
  • Transmisi bukan seksual yang lain seperti transmisi virus dari ibu ke bayi menerusi salur kelahiran semasa bersalin.
  • Sentuhan di antara kanak-kanak yang dijangkiti dengan kanak-kanak lain.

SIMPTOM HPV PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

1. KUTIL ATAU KETUAT

Simptom jangkitan HPV pada anak biasanya disertai dengan kemunculan kutil pada tubuh. Biasanya ia muncul di mana-mana bahagian tubuh termasuk di kemaluan dan sekitarnya. Pada bayi boleh jadi disebabkan penderaan seksual.

Kutil merupakan simptom jangkitan HPV kanak-kanak yang biasanya kelihatan seperti luka dan benjolan seperti daging yang menonjol.

Bagi perempuan, ketuat genital jarang muncul di vulva, tetapi boleh muncul berhampiran dubur, pada servik atau permukaan faraj. Manakala, bagi kanak-kanak lelaki, kutil boleh muncul pada penis, buah zakar atau sekitar anus.

Keadaan ini menyebab ketidakselesaan, kesakitan, dan gatal pada bahagian dijangkiti.

2. MATA MERAHAN

Selain kutil, kanak-kanak atau bayi yang mempunyai simptom jangkitan HPV juga boleh mengalami mata merah akibat konjungtivitis yang juga dikenali sebagai ophthalmia neonatorumpada bayi. Ciri-cirinya adalah warna mata merah dan jangkitan pada lapisan kelopak mata bayi.

Bagi bayi yang baru lahir, keadaan ini boleh menyebabkan pembengkakan kelopak mata, pendarahan atau sembap yang boleh berlaku satu hingga dua minggu selepas kelahiran.

Keadaan ini jika tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan buta. Kita perlu berjumpa doktor jika bayi menunjukkan tanda-tanda konjunktivitis.

3. MASALAH SALURAN PERNAFASAN

Papilloma laryngeal (HPV berhubung dengan pangkal tekak) adalah simptom jangkitan HPV pada kanak-kanak yang menyebabkan pembentukan kutil di dalam kerongkong dan dalam pita suara kanak-kanak. Walaupun sangat jarang berlaku, keadaan ini menghadkan pernafasan dan berpotensi mengancam kehidupan bayi yang baru lahir.

Rawatan untuk papilloma laryngeal ini mesti menggunakan pembedahan laser secara tetap untuk menghilangkan kutil yang boleh mencetuskan masalah pernafasan.

Papillomal laryngeal pada umumnya boleh dikesan dari kelahiran. Kutil juga boleh berkembang sehingga 5 tahun selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, adalah penting membawa bayi berjumpa doktor jika mengalami masalah pernafasan selama beberapa tahun pertama dalam hidupnya.

BACA>>> Hati-Hati 9 Penyakit Ini yang Kerap Serang Anak Kecil

CARA PENCEGAHAN JANGKITAN VAKSIN HPV

Dengan melakukan vaksinasi HPV, ia boleh mencegah kanser serviks, penyakit kelamin serta jangkitan HPV yang lain.

Vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia secara percuma dengan keizinan ibu bapa bagi melindungi daripada dua jenis HPV iaitu virus yang menyebabkan 70 peratus daripada semua kanser serviks.

Vaksin ini ditawarkan kepada semua pelajar perempuan di Tingkatan Satu. Budak perempuan yang tidak di sekolah ditawarkan vaksin ini pada 13 tahun.

SUMBER: HelloSehat | BabyCenter | Positive Parenting

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda