ANTARA kerisauan wanita hamil ialah tentang jangkitan pada peringkat awal kehamilan kerana bimbang boleh mengancam nyawa atau kesihatan janin atau bayi dalam kandungan.

Namun, perlu diketahui tidak semua jangkitan ketika hamil boleh mengancam kesihatan janin atau bayi.

Ada beberapa jangkitan boleh menjangkiti bayi, sama ada melalui plasenta atau ketika kelahiran. Jika berlaku, ia berisiko memberikan kesan serius ke atas bayi.

Sesetengah jangkitan boleh menyebabkan ibu sakit teruk dan boleh memberikan komplikasi seperti kelahiran pramatang.

  • Congenital pneumonia
  • Mengalami kecacatan serius
  • Rencatan otak
  • Menjadi buta
  • Pekak
  • Membawa kepada kematian

CARA ELAK JANGKITAN

Apabila hamil, sukar mengelakkan semua punca jangkitan ketika hamil. Tetapi boleh mengambil langkah berjaga-jaga mengurangkan risiko dijangkiti dan jatuh sakit, seterusnya mengurangkan risiko bayi mengalami masalah jika mendapat jangkitan.

Jagaan antenatal adalah penting. Sebagai contoh, ujian darah boleh memberitahu sama ada kita kebal kepada jangkitan tertentu seperti cacar air dan rubela.

Kita juga akan diuji dengan jangkitan yang kita mungkin tidak tahu dijangkiti, termasuk jangkitan saluran kencing, kumpulan B strep, Hepatitis B dan HIV.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Sebagai langkah pencegahan kita boleh mengamalkan langkah-langkah asas seperti:

  • Mencuci tangan
  • Tidak berkongsi gelas atau perkakas
  • Menjauhi dari dari najis atau kencing kucing
  • Menggunakan sarung tangan semasa berkebun
  • menjauhi sesiapa yang ada penyakit berjangkit yang akan mengurangkan risiko mendapat sakit.

Amalan seks selamat akan membantu mencegah pelbagai jangkitan kelamin.

Kita boleh mengambil langkah-langkah mengelakkan jangkitan bawaan makanan seperti tidak makan makanan tertentu, terutama makanan yang dibeli dari luar atau kenduri, mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran, dan memastikan daging, ikan dan telur dimasak sempurna.


Berikut senarai beberapa jangkitan yang boleh menjejaskan kehamilan:

  • Vaginosis bakteria
  • Cacar air
  • Chlamydia
  • Cytomegalovirus
  • Parvovirus
  • Influenza
  • Gonorrhea
  • Kumpulan B strep
  • Hepatitis B
  • Herpes Simplex
  • HIV
  • Listeriosis
  • Rubela
  • Jangkitan kelamin
  • Sifilis
  • TOXOPLASMOSIS
  • Jangkitan saluran kencing

Jika jatuh sakit dan apabila rasa diri terdedah kepada penyakit berjangkit, sila segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ujian yang diperlukan.

SUMBER: DrSharifah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda