PERKAHWINAN merupakan satu dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama berkahwin, kita akan mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran.

KOS HIDUP TINGGI

Setelah tinggal bersama, kita berpeluang untuk mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. Bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa mahal, menjadikan kita takut untuk keluar dari rumah keluarga.

Bagaimanapun, inilah cabaran yang kita harus hadapi setelah berumahtangga. Susah senang bersama, biar tinggal di rumah sewa yang kecil, tapi segalanya kita usahakan dengan titik peluh sendiri. Makan dan pakai apa yang ada, inilah nikmatnya perjalanan membina rumahtangga bersama pasangan.

Sebenarnya banyak kelebihan jika kita tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Berikut merupakan 8 kelebihan tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin:-

8 KELEBIHAN TINGGAL DI RUMAH SENDIRI SELEPAS BERKAHWIN

1. PRIVASI

Hidup sendiri, di rumah sendiri dan segalanya ditanggung sendiri. Rumah sendiri itu maknanya rumah kita dengan suami. Tidak kiralah rumah sewa ataupun rumah yang kita sudah beli. Tapi pasangan yang sudah bernikah memerlukan privasi agar hal rumahtangga terpelihara.

2. SELESA DAN BEBAS

Rumah sendiri, berkeluarga sendiri menjadikan kita lebih selesa. Hendak bergerak ke mana, mahu baring terlentang tengah rumah pun tiada siapa yang menghalang. Melalak dalam bilik air pun tidak ada yang akan marah! 🙂

3. BOLEH BERMANJA 

Suami hendak bermanja dan isteri mahu berpelukkan dengan suami pun tiada masalah. Terserahlah hendak peluk, pegang, gurau senda, cium, main cuk cak pun tiada siapa yang akan memerhatikan perangai kita.

4. BERGADUH PUN TIADA MASUK CAMPUR DARI AHLI KELUARGA LAIN

Jika hidup sendiri, bila bergaduh manja tidak perlu cover line sangat. Rasa hendak merajuk, silakan lah. Tiada siapa akan perasan atau tegur perangai buruk kita. Tapi jangan lah buat perangai buruk itu selalu, nanti menyampah pula pasangan kita..hehe…

5. BEBAS BERPAKAIAN

Bila jadi isteri mestilah hendak sentiasa kelihatan cantik depan suami bukan? Barulah suami sayang. Jika tinggal di rumah sendiri, berumah sendiri, tidaklah segan hendak pakai yang seksi. Asalkan suami suka. Cuma bila sudah ada anak nanti jangan lah terlalu seksi sangat. Pandai-pandai lah anda curi masa hendak pakai seksi pun.

6. TIDAK SEGAN MAKAN BERSUAP

Sudah jadi amalan kita suka makan bersuap. Mestilah sekali sekali mahu sweet dengan pasangan.

7. SAKIT, BOLEH REHAT

Bila sakit pening, demam atau letih boleh lepak aja atas katil. Rasa tidak larat masak, boleh beli lauk di kedai. Jika tinggal bersama mertua, segan pula kita hendak berbaring sehari suntuk. Mesti kena tolong juga ibu masak, cuci pakaian dan kemas rumah.

8. BOLEH TERJAH DAPUR SESUKA HATI

Ini memang salah satu kebahagiaan si isteri. Tidak rasa segan hendak terjah dapur. Agak rasa lapar tengah malam, boleh masuk dapur masak Maggi! Siapa hendak sibuk kita berilat di dapur sampai waktu subuh pun!

9. BELAJAR BERDIKARI

Dalam kita berbahagia, kita juga sebenarnya belajar untuk berdikari dan bertanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. InsyaAllah, kita mampu membina keluarga bahagia dan mengatur masa depan dengan lebih baik.

Semoga berbahagia dengan pasangan ya!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda