ANAK lelaki itu tunjang keluarga. Jika cara didikan betul, dia akan jadi pemimpin yang hebat. Ini kerana apabila dewasa nanti, anak lelaki akan memikul tanggugjawab yang besar.

Jadi, ada baiknya kita didik mereka sejak awal supaya jadi lelaki yang bertanggungjawab dan juga pemimpin yang hebat. Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif tentang bagaimana  mendidik anak lelaki sebagai pemimpin hebat masa depamn:

IBU BUKAN HAMBA

“Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampailah basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.”

Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki! Niat sudah baik tapi cara itu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tetapi bukannya hingga mereka umur 20 tahun!

Tanpa sedar, kasih sayang tadi menjadi racun yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi.

NASIHAT WAJIB PRAKTIKKAN KEPADA ANAK LELAKI

  • Jangan takut minta anak lelaki cuci pinggan.
  • Mesti berani suruh anak lelaki buang sampah.
  • Tegas suruh anak buat kerja mengemas.
  • Harus biasakan anak lelaki memasak.
  • Ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata.

Ini semua ialah persediaan hidup untuk menjadikan anak sebagai pemimpin. Pemimpin ialah orang yang faham dan tahu keperluan orang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.

“Saya percaya, anak tidak akan bertukar jadi pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!”

 

SUMBER: DrTaufiqRazif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda