ANAK-anak memang tidak tahu duduk diam. Ada sahaja yang dibuatnya dari memanjat, melompat hinggalah kepada berlari. Memang penat ibu bapa nak kawal, lagi-lagi jika berada di luar rumah.

Jangan paksa mereka berhenti buat perkara yang mereka suka lakukan! Kenapa? Baca perkongsian Dr Taufiq Razif ini yang menerangkan kenapa tidak patut paksa anak duduk diam.


JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM

Tiap hari saya pening memikirkan aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.

Sebab apa?

Sebab hati saya tidak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tidak buat apa-apa. Ini mindset yang saya latih dalam otak saya.

Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin lah mak ayah boleh tenang. Saya tidak!

Saya tahu, kepayahan ini lah nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.

Saya kena tahan lah sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau mahu anak saya bijak bila dewasa nanti.

Saya tahu ada 7 deria yang perlu dirangsang pada anak saya supaya otak dan otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!

7 deria itu adalah:

1. Visual (Visual Sense)
2. Auditori (Audirory Sense)
3. Sentuhan (Tactile Sense)
4. Deria sendi (Proprioceptive Sense)
5. Rasa (Gustatory Sense)
6. Bau (Olfactory Sense)
7. Pergerakan & Keseimbangan (Vestibular Sense)

Semua deria sebenarnya boleh dirangsang kalau saya tidak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tidak sanggup nak berpenat melayan karenah anak-anak saya!

Saya tidak mahu jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak-anak. Gajet ini cuma rangsang deria Visual saja. Kita tidak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tidak berkembang.

Tidak dapatnya sagu, kalau tidak dipecahkan ruyung! Mana dapatnya anak cerdik dan bijak kalau tidak tahan lelah dan penat sekarang.

Sabarlah ibu-ibu semua, sesungguhnya anak kita sedang berkembang dan membesar.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda