MEMANG benar ramai isteri lebih mudah tertidur ketika dalam kereta terutamanya ketika dalam perjalanan jauh. Kami tidak sengaja tertidur walaupun mata sudah cukup ditahan untuk terus berjaga bagi menemankan suami.

Aura tidur di dalam kereta yang menyenangkan itu membuatkan kami tenang. Lagi-lagi apabila anak pun sudah tidur. Maka, mood tenang dan berehat secara automatik diaktifkan!

Jadi, bagi suami yang masih tidak faham kenapa keadaan ini berlaku! Berikut adalah perkongsian suami Mohd Fhais bagaimana dia membiarkan isterinya tidur di dalam kenderaan agar isteri mampu berehat sebentar walaupun 5 minit.


Kenapa Patut Biarkan Isteri Tertidur Dalam Kereta?

Mulanya nampak isteri tertidur saya akan tersenyum sendirian sebab geli hati asal naik kereta mesti tidur tapi lama-kelamaan jadi kesian.

Kesian kerana saya tahu dia sedang KEPENATAN!

Sebab itu, kalau saya nampak isteri tidur saya tidak akan kacau dia, saya akan pandu kereta se-slow yang boleh supaya dia tidak terkejut. Biarlah kereta belakang nak hon ke beam lampu ke saya tidak kisah.

Jika itu caranya untuk kembalikan tenaga isteri, maka itu lah yang akan saya buat, walaupun terpaksa tahan malu dan tahan di maki pemandu lain.

Bukan nak manjakan tapi saya tidak mahu berkira tidur dengan isteri.

Saya tahu dia bukan suka suka tidur dalam kereta, bukan tidak mahu teman kita memandu.

Sebenarnya mata mereka yang tertutup sendiri bukan suka-suka tutup. Ini kerana dalam kereta adalah waktu yang paling tenang dan relax bagi kaum ibu seperti berada di pulau.

Sebab apa saya kata begitu?

Sebab bila berada di dalam kereta mereka tidak nampak timbunan baju yang belum di lipat, baju kotor dalam bakul, mainan yang berselerak dan sinki yang penuh pinggan mangkuk.

Di rumah sukar untuk mereka berehat kerana setiap kali nak lelapkan mata teringat kerja rumah, baru nak terlena anak pula menangis. Selagi berada di rumah minda mereka stuck dekat mode bekerja.

Hanya di dalam kereta sahaja ‘Mind Of State’ mereka boleh tukar ke mode berehat. Barulah minda dan badan mereka boleh rehat dan recharge. Sebab itu ada masa isteri akan ajak kita keluar jalan-jalan sebab nak berehat dalam kereta.

Saya seru para suami di luar sana, janganlah kita sindir isteri yang mudah tertidur dalam kereta, biarkan dan sokong mereka tidur kerana itu sahaja masa rehat yang mereka ada. Sampai di rumah nanti mereka dah tiada masa rehat.

Bila terlalu penat minda mereka boleh ‘Lost’ dan melepaskan kepenatan kepada anak-anak, suami dan masakan. Mulalah anak selalu kena tengking, suami kena bebel hal kecil saja dan masakan jadi tawar kerana deria rasa dah terganggu.

Apalah sangat lelap 5 minit dalam kereta jika boleh kembalikan tenaga untuk 5 jam.

Tuan tuan, kalau nampak isteri sedang tidak keruan dan bad mood sepanjang hari itu adalah tanda mereka sedang kepenatan. Bawalah mereka jalan-jalan naik kereta supaya mereka boleh kembali bertenaga dan masak lebih sedap.

Tahu betapa sukarnya ada minda seorang wanita, lelaki kalau nampak baju bertimbum masih boleh baring lagi tapi isteri sesak mata nampak baju tidak lipat itu.

P/S: Isteri pasti tahu apa yang berlaku pada diri tapi selalunya tidak pandai nak luahkan pada pasangan, share saja post ini agar mereka faham atau tag nama pasangan nanti pandailah mereka baca.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda