TIDAK dinafikan ramai ibu terikut-ikut trend memaparkan maklumat peribadi anak di laman sosial Facebook sebenarnya tidak menyedari perbuatan mereka itu mengundang bahaya.

Menurut Pakar Keselamatan Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM), yang juga merupakan Naib Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, teknik itu adalah satu bentuk ancaman siber bagi mendapatkan maklumat peribadi pemilik Facebook.

Berikut adalah perkongsiannya:

BACA>>> 5 Perkara Jangan Kongsi Di Laman Sosial Untuk Keselamatan Keluarga Anda!

Nampaknya di Facebook sedang menjadi trend memaparkan “Nama Anak-anak Saya” di mana ramai yang berkongsi senarai nama penuh anak beserta maklumat terperinci anak-anak termasuk, umur, tarikh lahir, tempat lahir dan lain-lain.

Di bawahnya pula ada tertera ayat “Make your own version of this list” yang mengajak dan mengundang pembaca memuatnaik maklumat anak masing-masing pula.

Ketahuilah, ini sebenarnya satu bentuk social engineering (iaitu satu ancaman siber) untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa iaitu pemilik akaun Facebook tersebut dan juga anak-anaknya.

Anda tidak akan terbayang bagaimana maklumat-maklumat ini boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak dan juga keluarga anda.

Oleh itu, wahai ibu bapa, lindungilah data peribadi keluarga dan anak-anak. Jangan kita terlalu ghairah berkongsi dan terpedaya dengan mesej ajakan atau aplikasi yang cuba memanipulasi pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Eloklah dipadam posting tersebut (walaupun memadam data di media sosial tidak akan menghapus data tersebut secara kekal, kerana ia masih ada di server). Sekurang-kurangnya ia tidak lagi boleh dilihat warga media sosial dan tersebar merata.

Do not overshare.
Lindungi data peribadi.
Lindungi keluarga kita dari penyangak siber.

#PencerdasanUmat
#BerilmuBerbakti

Pesanan ikhlas dari:
Prof Madya Dr Nur Izura Udzir
Pakar Keselamatan Maklumat UPM.
Naib Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
14/10/2018

SUMBER: Nur Izura Udzir

BACA>>> 5 Perkara Perlu Elak Jika Mahu ‘Upload’ Gambar Anak di Media Sosial

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda