MINGGU ini trend TindanChallenge menjadi viral hingga ditiru oleh ramai netizen. Tidak ketinggalan juga golongan ibu bapa, yang memaparkan gambar anak mereka di laman sosial dalam aksi itu.

Tahukah anda aksi TindanChallenge ini boleh mendapatkan bahaya pada kanak-kanak? Salah langkah ia mampu menyebabkan anak mengalami kecederaan tulang belakang!

Perkara ini bukan main-main, jangan kerana kejarkan trend anak menjadi mangsa. Fikir dahulu sebelum bertindak ye mak ayah!

BACA>>> Jangan Ikut Trend Kongsi Nama Anak Di Facebook, Itu Salah Satu Teknik Dapatkan Maklumat Peribadi Pengguna!

NGERI!

Itu reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini.

Ibu bapa sekalian, kanak-kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera.

Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang.

Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak-kanak terjatuh dari tempat tinggi.

Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup.

Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?

FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG DIKALANGAN KANAK KANAK

  • Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak-kanak.
  • 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA dan KANAK-KANAK.
  • Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak-kanak.
  • Kanak-kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
  • KOMPLIKASI bagi kanak-kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.

BACA>>> Mahu Urut Bayi Tetapi Tidak Tahu Cara Betul? Cuba 6 Teknik Ini!

Ibu bapa, sila ambil perhatian akan perkongsian ini, janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak anak membuat formasi merbahaya seperti ini.

Kecederaan tulang belakang bukan main-main, ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima.

Katakan TIDAK untuk #TindanChallenge

SUMBER: PublicHealthMalaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda