MELAWAT pesakit di hospital tidak salah, yang salah bila tahu pesakit sakit dan diwadkan tetapi masih nak cium atau pegang. Lagi-lagi yang pegang dan cium bayi itu orang yang tidak selamat dan berisiko menambahkan mudarat kepada kesihatan bayi.

Mungkin, masih ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Jadi, apa kata ibu bapa, saudara mara dan sesiapa sahaja yang melawat pesakit di hospital, ambil perhatian 3 perkara penting ini yang dikongsikan oleh Pegawai Perubatan, Khairi Malik di laman Facebooknya.

Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


Saya tidak berapa gemar kalau pelawat datang sentuh pesakit saya waktu melawat di hospital.

Nak tahu kenapa?

Yes, semalam pesakit saya yang berumur 1 bulan hampir-hampir dimasukkan tiub pernafasan disebabkan jangkitan kuman yang teruk.

Aku pelik. Waktu baby masuk wad semalam, keadaan baby ok saja. Tidak payah pakai oksigen pun. Hari semalam tiba-tiba nafas laju. Kadar pernafasan 66 dalam 1 minit.

Waktu aku refer pakar paediatrik, first question yang pakar tanya, “Ada sesiapa yang sakit tak sentuh baby waktu visiting hour tadi?”.

Aku tanya ibu. Ibu jawab “Ada doktor. Ramai sangat yang pegang peluk cium. Yang mak cik-mak cik selesema demam-demam berhingus pun cium baby juga. Pak cik-pak cik dia yg merokok pun terus cium baby lepas merokok.”

Ya Allah terkejut aku waktu dengar apa yang si ibu cakap. Ok dalam hal ini bukan salah staff. Staff memang tidak digalakkan untuk mengganggu pesakit dan pelawat waktu masa melawat. Takkanlah waktu masa melawat staff nurse kena jadi britain guard berdiri sebelah katil pesakit kan.

Ya. Sekarang baby itu sudah dihantar ke hospital berpakar. Mudah-mudahan baby itu selamat. Please laaa nak pesan sikit…

1. Kalau diri sendiri sakit atau demam tidak perlu la nak pegang-pegang cium baby. Daya pertahanan bayi tidak sama macam kamu.

2. Tidak perlu cium baby kalau rasa diri itu merokok. Nak suruh berenti merokok karang banyak pula alasan. So, baik berhenti cium baby.

3. Kalau waktu melawat, kalau boleh melawat lah secara bergilir-gilir. Masuk itu kalau boleh 2 orang sekali at a time, bukannya terus 10 orang masuk duduk sekeliling katil. Sebab persekitaran yang crowded tidak bagus untuk ventilation.

Ok itu alasan saya kenapa saya kurang gemar pelawat sentuh pesakit saya waktu melawat. Yang menanggung bukan kamu, tapi pesakit sendiri dan ibu bapa dia.

#yesimpostcalltoday
#grumpymo

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda