TIDAK dinafikan ibu bapa mudah panik apabila anak perempuan bila menunjukkan minat pada kemaluan seperti suka gesel alat sulit. Tindakan yang biasa dilakukan adalah memarahi dan memukul anak-anak.

Jangan bersangka buruk, jika ada anak perempuan yang sering berkelakuan seperti itu sebenarnya tidak ada kaitan dengan seks. Nak tahu kenapa? Baca artikel yang dikongsikan oleh Ibu Rose ini.

BACA>>> Kanak-Kanak Perempuan Boleh Ada Masalah Keputihan Akibat Jangkitan Kuman

KENAPA ANAK PEREMPUAN 3-7 TAHUN SUKA GESEL ALAT SULITNYA?

Ada seorang ibu muda melihat anak perempuannya mengesel-gesel alat sulitnya di atas lantai. Dia berasa marah dengan anak perempuannya itu dan berasa dia seorang ibu yang gagal mendidik anak menjadi baik.

Oooops…sabar dulu. Jangan jump to conclusion.

Ramai ibu bapa belum tahu bahawa pada usia 3 hingga 7 tahun, kanak-kanak akan suka explore diri mereka. Mereka baru tersedar mereka akan merasai ‘sensation’ bila menyentuh sesuatu bahagian badan mereka terutama bahagian sulit.

Kita mungkin tidak begitu perasan jika anak itu lelaki kerana anak kecil lelaki memang kita sedia maklum akan suka memegang ‘bird birdnya’.

Namun, jika anak itu perempuan, maka mungkin ramai ibu bapa yang tidak tahu menyangka anak itu sudah berakhlak tidak baik atau yang lebih sedih bila ada yang mennyangka dan mengaitkan dengan seks. Terutama bila melihat anak perempuan itu mengesel-gesel bahagian sulitnya ke lantai dan sebagainya.

IBU BAPA JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK

Ibu berharap sebagai ibu bapa janganlah kita cepat melatah dan menyangka buruk kepada anak kecil kita yang belum tahu pun apa itu seks. Fahamilah anak itu baru kenal dan terasa ‘sensitif’ atau perkataan yang lebih kena ‘sensation’ (cari terjemahannya ya).

Dia rasa seronok, hairan, nak lebih tahu tentang apa yang dirasa itu dan dia hairan mengenai sensasi yang dia rasa pada badannya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa rebutlah peluang ini untuk memberi sedikit ilmu mengenai badannya. Bagaimana bahagian sulitnya. Mengapa dia perlu jauhi dari orang lain dari menyentuhnya. Bagaimana menjaga keberseihannya dan beberapa perkara penting lagi. Bersembang santai dan bersahaja. JANGAN BERSYARAH!

BERCERITALAH TENTANG TUBUH BADAN PADA ANAK

Sekiranya anda terserempak dengan anak kecil anda melakukan perkara ini, bertenang dan mulakan perbualan dengannya. Tanya apa yang dia rasa dan berilah dia faham apa yang dirasa itu adalah perkara biasa dan orang lain juga merasainya dan tidak salah. Itu adalah kejadian Allah mengenai badan kita.

Dengan tenang dan lembut ceritalah mengenai badannya dan badan orang dewasa bagaimana.

Pesan Ibu, jangan sekali memandang hina atau keji bila anda melihat anak-anak kecil anda melakukan apa yang Ibu bincangkan di atas. Anak sayang bukannya mabuk seks atau sudah jadi jahat. Ianya cuma tahap dia nak tahu mengenai badannya. Tahap dia baru tersedar dia boleh merasai sensation pada beberapa tempat pada bahagian badannya.

BACA>>> Awas, Bahaya Sex Grooming! Sila Pantau Anak Perempuan Anda

Kecualilah, sekiranya anak itu telah terdedah kepada perkara yang tidak baik itu. Contohnya diberi menonton movie lucah, atau melihat gambar lucah dan sepertinya. Walaupun begitu, anak itu mungkin meniru tetapi dia masih belum faham seperti mana kita orang dewasa. Jika anda terserempak dengan anak-anak yang teranaya begini, selamatkan mereka.

Namun, sekiranya hanya sekadar explore diri dia, janganlah melatah dan merasakan sayang ibu bapa yang gagal. Ia hanyalah satu tahap dalam perkembangan kanak-kanak yang mungkin jarang dibincangkan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda