“ANAK masih kecil, mereka bukan tahu apa pun. Lagipun lecehlah bawa anak kecil ini bercuti… penat,” Mungkin ini adalah beberapa kenyataan perasaan segelintir ibu bapa yang berpendapat membawa anak mereka berjalan-jalan membebankan.

Seorang ayah, Mohd Fhais berkata, rugi jika ibu bapa tidak merebut peluang ketika anak masih kecil untuk bercuti dan bawa anak berjalan-jalan kerana bila mereka sudah besar, sudah pasti susah untuk meluangkan masa bersama.

BACA>>> 12 Barang Bayi yang Wajib Dibawa Ketika Pergi Bercuti

JANGAN BERKIRA BERCUTI MASA ANAK KECIL

Ya Allah, kalau nak berkira bercuti dengan anak sebab leceh melayan karenah dia orang memang rugilah.

Rugi sangat sebab tidak manfaatkan masa berharga ini masa anak masih kecil. Bila dia orang sudah besar nanti belum tentu masih ada berpeluang nak jalan bersama.

SEBABNYA…

1. Anak sudah besar nanti mesti sibuk dengan kerja dan urusan mereka, nak jumpa sebulan sekali pun sudah susah. Paling tidak pun raya baru dapat jumpa.

2. Bila sudah kawan ramai mana nak lagi mereka berjalan dengan mak ayah, dia orang lebih suka bercuti dengan kawan-kawan bujang mereka. Baru sekepala katanya.

3. Kalau dapat bercuti bersama pun mesti berbalah sahaja, semua tidak sependapat. Orang tua nak beli jeruk kat pasar chowrasta, yang muda pula nak selfie dekat sky walk. Huru hara wei dalam kereta!

4. Masa anak kecil ini lah banyak tempat boleh masuk free, sudah besar nanti semua kena bayar. Nak buang air pun kena bayar. Itulah specialnya bercuti masa anak kecil, jimat belanja.

5. Sudah berkahwin nanti ada anak-anak mesti dia orang akan utamakan anak isteri dahulu, mak ayah kemudian. Redha saja lah masa ini jalan seorang diri.

6. Kalau masa muda ini bercuti sebab nak hilangkan stres dan bahagiakan anak isteri tapi masa sudah tua nanti bercuti sebab nak isi masa diri sendiri yang banyak terluang dan bahagiakan hati sendiri. Refleksi diri katanya!

7. Masa diorang kecil ini kita bawa pergi zoo pun dia orang sudah cukup teruja dan bahagia, yang penting ada jalan-jalan dan gelak tawa. Sudah besar nanti? Kalau tidak sebut korea memang tidak teruja langsung.

BACA>>> 8 Taman Tema Air Bajet untuk Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah

Anak-anak kecil sekali saja, masa ni lah kita nak pulun habiskan masa bersama mereka, jalan pimpin tangan, peluk cium, angkat naik atas kerusi. Ini semua kenangan bawa sampai tua!

Sebab bila mereka sudah cukup akil baligh nanti kita nak angkat pun tidak larat dah, bahkan dia orang pun sudah rasa malu nak peluk kita.

Mohd Fhais
Sudah-sudahlah kerja, cutilah pulak!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda