MEMANG tidak dinafikan banyak sangat petua yang dikongsikan oleh orang tua dahulu tentang kehamilan. Tetapi perlu diingatkan, tidak bermakna semuanya boleh digunapakai. Jangan main-main, elakkan jika memudaratkan kesihatan ibu dan anak.

Salah satunya mitos tentang lampu suluh yang mampu memusingkan bayi dalam kandungan kepada kedudukan normal. Jika ada yang masih ragu-ragu, baca penjelasan jururawat bertauliah, Bel Nawhen tentang kenapa memusing bayi songsang tanpa pengawasan pakar bahaya dan apa itu prosedur ECV (External Cephalic Version).

Baca Juga: Urut Untuk Betulkan Bayi Songsang Boleh Bawa Maut Kepada Ibu Dan Anak


Suluh Suluh Jumpa Cahaya

Lagi #Mitos

Apabila disahkan kandungan songsang, ramai yang percaya dan cuba pelbagai petua untuk mengembalikan bayi mereka kepada kedudukan normal.

Zaman dahulu kala, ada bidan yang sangat pandai dalam ‘memusingkan’ kandungan. Tetapi harus diingat, tanpa praktis yang berterusan mana mungkin dia akan mendapat kepakaran.

Dan, tidak semua proses memusingkan bayi di dalam kandungan adalah berjaya. Malahan ada antara kes yang mengalami komplikasi.

Dalam istilah perubatan, prosedure ini dipanggil ECV (External Cephalic Version) yang dilakukan oleh doktor perbidanan yang terlatih dibawah pengawasan mesin ultrasound. Selain itu, CTG juga akan diselia bagi melihat sebarang kemungkinan kepada kegagalan proses supaya pembedahan kecemasan boleh dilakukan.

ECV biasanya dilakukan semasa 36 minggu kehamilan (mengikut jumlah kehamilan). Kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah dalam lingkungan 50 peratus.

TIDAK semua kehamilan songsang boleh dipusing-pusing. ECV tidak boleh dilakukan jika:-

1. Kehamilan yang memerlukan pembedahan dilakukan seperti Placenta Previa type III dan IV
2. Ibu mengalami perdarahan semasa hamil
3. Air ketuban sudah pecah
4. Kandungan kembar

ECV yang tidak diselia boleh menyebabkan:-

1. Placenta Abruptio (Uri lekang dari dinding rahim)
2. Tali pusat menjerut atau mengelilingi leher bayi (Cord Round Neck)
3. Uterine rupture (rahim pecah atau luka).
4. Fetomaternal bleeding (masalah pendarahan ketika hamil).

Saya yang tidak mengambil kursus kebidanan pun tidak pandai merasa lokasi kepala baby, inikan ibu-ibu yang tidak ada experience.

Tolong jangan bagi petua karut!

Notakaki:
Suluh-suluh macam nak suruh cari cahaya keimanan pula. Kalau tebal lemak, nampak ke? Guna sportlight ye.

#BelNawhen

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda