MANA-mana anak kecil tidak akan dari memasukkan barang ke dalam mulut. Aptah lagi kalau ada barang mainan di tangan.

Selain memasukkan mainan ke dalam mulut, anak kita juga suka mainan yang berwarna terang. Tahukah anda, paling bahaya sekali mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam. Kenapa pula begitu?

BACA>>>> Apakah Jenis Permainan Sesuai untuk Anak Baru Lahir Hingga 5 Tahun?


Ini penjelasan dan perkongsian oleh Dr.Taufiq Razif menerusi laman Facebook beliau:

BAHAN KIMIA

  • Mainan lama ini tinggi kandungan kimia berbahaya seperti kadmium kerana kadmium diperlukan untuk membuat mainan yang berwarna-warni.
  • Mainan lama banyak unsur kimia berbahaya seperti plumbum, kadmium, selenium dan bermacam lagi dibandingkan mainan moden kerana zaman dulu kawalan untuk mainan tidak seketat zaman sekarang.

HATI-HATI

Jadi, kita semua mesti lebih berhati-hati bila ziarah ke rumah orang tua atau saudara mara yang banyak barang mainan lama ya.

Jangan bagi anak masukkan ke dalam mulut terutamanya mainan lama yang berwarna kuning, merah dan juga hitam.

BAGAIMANA PULA JIKA ANAK SAYA GIGIT MAINAN BARU?

Mainan baru pun lebih kurang sama juga. Elakkan anak kita gigit atau masukkan ke mulut selagi boleh kecuali kita yakin mainan itu selamat untuk anak.

Banyak kes anak sakit kerana keracunan plumbum tanpa sedar daripada mainan yang digigit ini.

BACA>>>> Jangan Ambil Mudah Bahan Kimia dalam Mainan, Barangan Anak!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda