SENDAWA adalah salah satu cara mengelakkan bayi daripada kembung perut. Angin yang berlebihan dalam perut bayi boleh mengakibatkan mereka gelisah dan perut tidak selesa.

Jadi, adalah penting bagi ibu bapa baru untuk ketahui kaedah terbaik untuk menangani gas berlebihan dalam perut.

Jangan mudah putus asa jika cara yang dipraktikan tidak berjaya. Berikut adalah 4 cara sendawakan bayi, ibu ayah boleh pilih mengikut keselesaan kita dan anak.

BACA>>> 5 Cara Mudah Atasi Masalah Perut Bayi Kembung

1. POSISI DUDUK

Pegang bayi dalam posisi duduk menghadap ke depan. Semasa bayi di pangkuan, pegang bahagian dadanya supaya mudah kita menggerakkan paha perlahan-lahan. Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Jika masih belum berjaya, usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi.

2. POSISI SANDAR PADA BAHU

Dukung bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu menggunakan tangan sebelah. Tepuk belakangnya perlahan-lahan menggunakan tangan sebelah lagi hingga anak sendawa. Posisi ini boleh dilakukan ketika berdiri mahupun duduk.

3. KEDUDUKAN MENIARAP  

Sendawa

Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha kita. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badan. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.

BACA>>> Anak Kerap Kentut dan Sendawa Macam Orang Dewasa, Bahaya atau Tidak?

4. POSISI MENDUKUNG BAYI

Dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, kita boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah.

Selamat Mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda