JANGAN ambil mudah kerana keadaan ini mampu meragut nyawa! Deep vein thrombosis (DVT) ialah gejala darah beku dalam saluran darah yang selalu menyerang dalam senyap dengan simptom ringan.

DVT selalu terjadi ke atas wanita hamil di bahagian betis yang menyebabkan pengaliran darah tersekat. Sebanyak 80 peratus kes DVT terjadi pada kaki sebelah kiri dan kalau dibiarkan boleh bergerak ke paru-paru dan berisiko mengakibatkan maut.

KENAPA TERJADI?

DVT menyerang ibu yang ada masalah pengaliran darah terganggu ketika hamil. Kehadiran hormon tertentu menyebabkan darah jadi pekat. Ibu yang kurang melakukan gerakan tubuh juga boleh diserang DVT. Ataupun disebabkan berdiri, duduk atau baring terlalu lama.

SIAPA BERISIKO DAPAT DVT?

  • Ibu hamil berusia 35 tahun ke atas.
  • Berat badan lebih 80 kg.
  • Ibu mengidap praeklampsia yang ada edema (bengkak dalam salur darah) pada kaki dan tangan.
  • Ibu mengidap kencing manis dan darah tinggi.
  • Ibu mengidap vericose vein.
  • Ibu mengidap penyakit seperti Sytemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Antiphospholipid Syndrome (APS).
  • Ibu yang mengalami masalah polihidramnios.
  • Hamil kandungan kembar.
  • Ibu bekerja dalam posisi badan tertentu pada jangka masa lama seperti duduk tanpa menukar kedudukan badan.
  • Ibu merokok.
  • Ibu mengidap kanser.
  • Ibu yang menjalani pembedahan major (mengambil masa lebih dua jam di bahagian kaki, perut atau badan).

TANDA-TANDA DVT

DVT selalunya terjadi pada sebelah kaki saja.

  • Rasa sakit dan berat pada kaki (seakan otot kaki ditarik).
  • Muncul bahagian lembut dan rasa panas pada kaki, terutama bahagian paha atau pinggul dan membengkak.

KENAPA TERJADI PADA IBU HAMIL?

Ketika hamil, bahagian abdomen ke bawah akan membesar. Ini menyebabkan pengaliran darah daripada kaki ke jantung agak sukar, disebabkan berlawanan graviti dan faktor saluran darah rahim yang terhimpit. Lama-kelamaan, ketulan darah beku akan terbentuk di kaki.

TIP ELAK DARAH BEKU JADI DI KAKI

  • Ibu hamil 28 minggu ke atas disarankan mengiring ke kanan. Letakkan bantal atau kusyen antara kedua-dua belah kaki. Pastikan kaki lurus.
  • Bersenam ringan seperti berjalan kaki atau membuat pergerakan sekurang-kurangnya setiap dua jam sekali, terutama sekali dalam kenderaan ketika berjalan jauh.
  • Kalau duduk, letakkan kaki pada bangku kecil untuk menjadikan kaki lebih tinggi dan memudahkan darah mengalir.
  • Pakai stokin khas yang boleh mengurangkan terjadi darah beku pada kaki.

Ibu yang mengalami tanda awal DVT dinasihatkan mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

SUMBER: HealthLine | NHS

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda