SETIAP bulan ada saja barang mainan yang dibelikan ibu bapa pasti. Anak pasti seronok, tetapi sedarkah kita tentang bahaya yang dia sedang hadapi daripada mainan itu, termasuk barang-barang lain?

Pemilihan barangan dan mainan kanak-kanak yang mengandungi kimia berbahaya secara tidak langsung akan mendedahkan anak kita kepada risiko bahaya.

Menerusi perkongsian Dr Zubaidi Ahmad, kanak-kanak yang terdedah kepada bahan kimia dalam jangka masa panjang akan mengidap banyak ‘penyakit misteri’ atau ‘unknown caused disease’.

KENAPA PERLU AMBIL TAHU?

Satu laporan dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2010 memberitahu kebanyakan produk mainan kanak-kanak mengandungi 0.1 peratus unsur phthateles yang diharamkan. Malah, ada sesetengah mainan bayi mengandungi hingga 30 peratus bahan kimia tersebut.

Phthateles ialah sejenis bahan kimia yang paling banyak digunakan untuk membuat produk mainan kanak-kanak, dan material pembuatan rumah seperti polivinil klorida (PVC).

Semua produk mainan, botol susu plastik dan tilam ialah antara barangan yang banyak menggunakan bahan kimia berbahaya itu. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan semua barangan kanak-kanak diyakini selamat digunakan.


JENIS-JENIS BAHAN KIMIA

1. PHTHATELES

Bahan kimia ini banyak digunakan untuk melembutkan PVC dan banyak terdapat dalam produk mainan kanak-kanak seperti patung mainan dan gelang pelembut gusi (teething rings).

Kajian membuktikan bahan kimia ini boleh berkumpul dalam badan dan menjejaskan pertumbuhan organ pembiakan (FSA 2005). Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan penggunaan bahan kimia ini dalam produk kanak-kanak

2. SEBATIAN ORGANOTIN

Bahan kimia ini banyak digunakan sebagai penstabil dalam PVC dan sering ditemui pada lantai Vinil dan mainan PVC keras. Sebatian ini mampu menyebabkan perubahan hormon dalam haiwan.

3. BISPHENOL A (BPA)

BPA digunakan dalam pembuatan cawan dan mainan plastik serta turut dijadikan bahan menyalut tin makanan dan penutup botol logam. BPA membantu menjadikan permukaan plastik berwarna cerah dan tidak mudah pecah.

Sesetengah kajian mendedahkan BPA berupaya mengganggu sistem hormon badan dan dikaitkan juga dengan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes. Malaysia antara negara yang mengharamkan botol susu BPA.

4. BAHAN KALIS API BERBROMIN

Berbromin digunakan untuk memproses pakaian, alatan kerja, kereta, kerusi tolak, tilam termasuk tilam kot, sebagai agen untuk mengelak sesuatu produk itu mudah terbakar.

Kajian menunjukkan berbromin boleh menyerap ke dalam badan kerana pernah ditemui dalam darah dan susu ibu.

Berbromin bertindak mengganggu hormon, manakala ujian ke atas haiwan mengaitkan bahan kimia itu dengan keupayaan pembelajaran, kanser, keguguran dan perubahan dalam sistem pertahanan badan (sistem imun). 


BAGAIMANA BANTU ANAK BEBAS BAHAN KIMIA?

Ibu bapa dinasihati membaca label sebelum membeli apa saja barangan bayi bagi memastikan selamat digunakan dan bebas daripada semua bahan kimia yang disebut di atas. Biasanya, setiap produk akan memaparkan label dan kandungan bahan kimia yang terkandung di dalamnya.

Pada 2007, EU meluluskan rang undang-undang Pendaftaran, Penilaian dan Pengesahan Bahan Kimia atau Registration, Evaluation and Authorisation of Chemicals (Reach) yang mengharamkan sebarang kehadiran bahan kimia berbahaya kepada manusia atau alam sekitar dalam produk yang dikilang dan dijual seluruh EU. Ini bermakna, jika sesuatu produk itu tidak dipasarkan di Eropah, kita boleh menganggap produk itu tidak selamat!


JIKA TIADA LABEL, BAGAIMANA CARA LAIN UNTUK ELAK BAHAN KIMIA ITU? 

1. JANGAN BELI MAINAN PVC

Jangan beli mainan daripada PVC atau jika kita mahu membeli, periksa dengan pengilang dahulu untuk melihat sama ada ia mengandungi sebatian phthalates atau organotin.

  1. TENGOK BAWAH BOTOL SUSU

Sesetengah botol susu mempunyai simbol di bawahnya. Lihat sama ad botol itu bebas BPA atau sebagainya.

3. TELITI BAHAN YANG INGIN DIBELI

Sekiranya ingin membeli tilam untuk katil bayi atau kot, periksa terlebih dahulu dengan pengilang sama ada tilam tersebut telah dirawat dengan pengalis api dan menepati kesemua standard keselamatan antarabangsa.

4. JANGAN GUNA TILAM DALAM TEMPOH LAMA

 Jangan turunkan tilam lama kepada anak seterusnya. Belilah tilam yang baru bagi setiap anak.

  1. TANYA PENGILANG BARANGAN KESELAMATAN

Langkah ini agak rumit untuk dibuat tetapi jika kita hendak memastikan keselamatan anak, maka, tulis kepada pengilang atau hubungi talian khidmat pelanggan untuk bertanya sama ada produk yang ingin dibeli mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda