SELEPAS bersalin, ramai ibu teringin kempiskan perutkan? Hendak mengempiskan perut yang menggelebeh seperti sebelum bersalin memang cabaran besar. Apatah lagi mereka yang bersalin secara pembedahan caesarean sebab tidak boleh memakai bengkung.

Kalau hendak bersenam takut pula sakit di kawasan luka nanti. Jadi mungkin kita boleh amalkan petua berbentuk ramuan mudah untuk dimakan seperti di bawah ini.

BAHAN-BAHAN

  • Halia – 3 cm (sebesar ibu jari)
  • Halba – 3 sudu besar
  • Lada hitam – 1 sudu kecil (anggaran 15 biji)
  • Bawang putih – 3 ulas

CARA PENYEDIAAN

  • Tumbuk halba, lada hitam, halia dan bawang putih hingga hancur dan sebati. Jika tidak mahu tumbuk, juga boleh dikisarkan semua bahan tadi.
  • Apabila sudah lumat, gentel bahan jadi bentuk bulat, sebesar duit 5 sen.
  • Keringkan 30 minit tanpa perlu jemur di tempat panas.

Nota:
Simpan dalam bekas kedap udara. Satu adunan boleh digunakan selama seminggu.

CARA MAKAN

Cadangan makan: 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari, tetapi boleh dikurangkan mengikut ketahanan badan. Sesuai sangat untuk mereka yang bersalin caesarean sebab ada banyak angin dalam badan.

Nota:
Boleh telan terus tanpa kunyah jika tidak mahu rasa pahit. Kesannya, kita mungkin kerap kentut dan sendawa. Ibu menyusu boleh mengamalkan ramuan ini jika tiada kesan terhadap anak.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda