PEMBEDAHAN ceasarean sememangnya menjadi mimpi ngeri bagi setiap wanita yang mengalaminya. Jahitan terbuka, jahitan berlubang hinggalah kepada jahitan mendapat jangkitan. Kesakitan akibat komplikasi ini memang menyakitkan.

Biasa kita dengar tentang jahitan terbuka tetapi kisah yang dikongsikan wanita ini lebih mengerunkan siapa yang membacanya. Apa tidaknya, jahitannya terbuka 5 hari selepas bersalin ceasarean hingga menyebabkan isi perutnya terkeluar!

BACA>>> 6 Tip Kurangkan Sakit Bergerak Selepas Bersalin Caesar

SELAMAT BERSALIN DENGAN KAEDAH CEASAREAN

Mel Bremner, 38 tahun, menjalani pembedahan ceaserean untuk melahirkan anaknya.

Mel sepatutnya bersalin lebih awal, namun kandungannya telah melepasi tarikh jangkaan bersalin. Semasa di hospital, rahimnya belum ada tanda bukaan walaupun beberapa kali pakar perubatan cuba melakukan proses bersalin.

Ini menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan caeserean.

Tidak lama kemudian, Mel berjaya melahirkan anak perempuannya, Nadie kemudiannya dibenarkan pulang. Setelah memeriksa luka dan kemasan balutan dalam keadaan baik, akhirnya dia pulang ke rumah ditemani suaminya Aidan.

Tapi 4 hari selepas bersalin, dia melihat dua “gumpalan putih” – dia hanya anggap itu lemak – malah mereka tidak mengesyaki apa-apa yang buruk.

JAHITAN TERBUKA SEMASA MANDI

Kejadian berlaku semasa Mel sedang mandi dalam bilik air di rumahnya. Dia sedang tunduk untuk mencapai syampu apabila jahitan di perutnya tertetas lalu menyebabkan ususnya terkeluar dari perut!

Pelayan restoran itu berjaya jalan perlahan ke sofa sambil dibantu pasangannya, yang telah menelefon ambulan untuk mendapatkan bantuan. Mel juga berkata dia berada dalam keadaan amat sakit semasa gambar diambil.

“Saya tidak ingat jika saya merasakan atau melihatnya berlaku terlebih dahulu, tetapi usus saya jatuh keluar dari perut saya, saya meletakkan tangan di bawah untuk menangkapnya.

“Saya menyedari jika saya menjerit, ia mungkin akan memberi tekanan pada perut, dan semuanya akan jatuh, jadi saya hanya cuba memanggil Aidan dengan tenang.”

“Saya merasakan ia bergerak dan lembik, saya cuma berfikir ‘oh tuhan saya memegang usus saya. Ini agak menyeramkan.”

Aidan dengan tenang membawanya dari bilik mandi ke sofa di ruang tamu dan menutup bahagian perutnya dengan tuala sementara menunggu pasukan paramedik tiba.

BACA>>> 7 Tip Asas Penjagaan Jahitan Bersalin Agar Cepat Sembuh Dan Tidak Terbuka

JAHITAN TERBUKA AKIBAT KECUAIAN DOKTOR

Selepas kejadian tersebut, Mel menjalani satu lagi pembedahan bagi membetulkan luka dan pulang ke rumah sekali lagi beberapa hari kemudian.

Pasangan itu mengatakan konsultan pembedahan caeserean membuat spekulasi doktor telah memotong hujung benang terlalu pendek, atau tidak mengikat simpulan dengan ketat.

Mel kini mempunyai 3 orang anak perempuan, Allie, Robyn dan anaknya yang pertama, Nadie.

“Orang fikir ceaser adalah cara yang mudah, tetapi ia tidak benar,” katanya.

Ini pembedahan besar, tetapi mereka tidak memberitahu anda pada masa itu. Mereka hanya memberitahu anda bertenang dan boleh pulang”.

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda