DULU masa bujang bukan main lagi bergaya sakan. Hijabista, ‘insta famous’, pandai bersolek pandai berfesyen. Tapi selepas ada anak, terus ya rabbi, sudah malas bergaya. Umur baru 20-an,┬ámuka macam makcik umur 50 tahun. Apa sudah jadi adik kakak semua?

Alasannya, mestilah tidak sempat kononnya banyak kerja rumah kena buat. Kena jaga anak (anak dan anak), layan suami, kerja dan 1001 alasan lain yang tiada kesudahan. Sayang betul, muka cun, tetapi tidak sempat hendak bergaya sebab sibuk sangat mahu jaga hal keluarga. Apa salahnya kaum ibu hendak bergaya, dan cantik macam anak dara dulukan?

Ok ibu-ibu, jangan stres sangat. Jom kita rehatkan minda dan kembalikan aura seri untuk jadi ibu jelita dan menawan. Ingat, kejelitaan milik setiap insan. ­čśŤ Jom amalkan tip-tip hendak jadi jelita, sihat dan menawan seperti berikut:

1. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT

Dari mana datang badan sihat kalau tidak daripada pemakanan yang juga sihat. Perkara paling penting, kita mesti mengamalkan pemakanan yang baik untuk kekal sihat dan cantik.

Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari, makan makanan yang baik untuk kulit seperti buah-buahan dan sayuran. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak.

2. AMBIL SUPLEMEN

Badan kita memerlukan vitamin dan mineral sebagai makanan tambahan untuk bergerak aktif.  Vitamin C misalnya, baik untuk kulit.

Bagi masyarakat Melayu, kita disarankan mengamalkan jamu dan herba untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Mahu kekal awet muda, janganlah malas buat sendiri jamu di rumah.

3. JAGA BENTUK BADAN

Tidak dapat dinafikan, selepas bersalin, sedih pula tengok bentuk badan sendiri. Kulit perut hitam, menggeleber pula, muka pucat, punggung tak semantap dulu. Oh, tidakkk…

Semasa berpantang, jaga makan dan ikutlah cara berpantang yang betul untuk mengekalkan kesihatan. Selepas tempoh habis, lakukan senaman dan berdiet untuk mendapatkan kembali bentuk badanbadan ra macam kerengga. Pasti cik abang bertambah sayang.

4. JAGA KECANTIKAN RAMBUT

Rambut itu mahkota perempuan. Kalau rambut kusut masai, tidak terurus dan serabai, memang ibu sudah nampak sangat macam tidak mahu ambil kisah bab kecantikan.

Mesti kekal gayakan dan kemaskan rambut. Ibu yang ada bayi, boleh dandan atau ikat ‘pony tail’ untuk kekal comel dan seksi.

Kalau sempat, boleh ke salun untuk buat rawatan rambut supaya kekal sihat dan terurus. Bagi menjimatkan masa, boleh guna produk penjagaan rambut yang sesuai di rumah.

Boleh juga buat ‘mask’ rambut sendiri di rumah. Cara yang selalu dibuat, sapukan pati santan ke kulit kepala dan rambut, biarkan hingga sejam sebelum dibilas (cukup buat seminggu sekali). Sebelah malam pula, sapukan rambut dengan minyak badam (almond) atau minyak kelapa untuk dapatkan rambut hitam, lebat dan kurangkan keguguran rambut. Ibu patut amalkan dan cuba.

5. BELI PAKAIAN MODEN

Lepas sudah bersalin, kecewa dengan bentuk badan, terus menyerah dan malu nak bergaya. Janganlah macam itu, apa kata cuba beli pakaian moden, cantik dan sesuai sebagai status kita sebagai ibu.

Tudung pun janganlah dipakai lebih kurang saja. Tahulah anak suka sangat tarik tudung dan susah benar hendak lilit sana-sini.

Belilah tudung yang sesuai dan praktikal, tetapi masih boleh menyerlahkan kejelitaan kita.

6. BERSOLEK

Kalau dulu rajin bersolek, sekarang pun masih tetap juga perlu bersolek yang sesuai dengan gaya. Sebenarnya, tidak perlu pun┬á‘make-up’┬átebal kalau hendak keluar.

Kalau sudah jadi rutin, memang rasa semacam tidak ‘confident’ kalau kekuar rumah tanpa bersolek. Palinh kurang mesti kena pakai bedak kompak, ‘lip gloss’ dan ‘blusher’.┬áKalau sudah berseri, barulah tambah yakin gitu.

7. GUNA PRODUK PENJAGAAN KULIT

Ini perkara penting. Diulangi, sangat penting dan wajib ada: set penjagaan kulit. Tidak kisah mahal atau murah, mesti ada set penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit dan wajah kita.

Produk wajib ibu-ibu ada ialah pencuci muka, pelembap, pelindung UV dan krim malam sebagai set penjagaan asas. Kalau mahu canti lagi, rajin-rajinlah pergi spa untuk bersihkan kulit, skrab atau lulurkan badan dan mengurut tradisional untuk melancarkan peredaran darah.

8. CARI ‘ME TIME’

‘ME TIME’ maksudnya, keluar berehat tanpa anak-anak. Ya, carilah masa berseronok dengan kawan-kawan sambil berehat. Iyalah, sudah penat bertungkus-lumus
menguruskan hal rumah tangga, mintalah suami jaga anak-anak sekejap. Kita pula boleh keluar berjimba kawan-kawan. ­čśŤ

Boleh pergi membeli-belah, minum kopi atau bercuti untuk tenangkan minda. Cara ini pasti dapat buatkan ibu lebih gembira, relaks dan bersemangat.


Mahu jadikan semua di atas suatu realiti mestilah pandai bahagikan masa. Jangan abaikan kesihatan dan kecantikan kita sebagai wanita. Jangan jadikan anak sebagai alasan atau penghalang. Kalau mahu diturutkan tidak sempat dan tiada masa, memang sampai ke sudah pun kita tidak berpeluang hendak bergaya.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda