SEMENJAK dua menjak ini, rakyat Malaysia sangat obsess dengan nama anak yang pelik-pelik dan panjang. Ada yang sehingga lima patah perkataan untuk satu nama. Juga ejaan pula sangat susah dan agak sukar untuk disebut.

HANYA 80 AKSARA

Menyedari akan perkara tersebut, pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah menetapkan maksimum aksara untuk sesuatu nama iaitu tidak melebihi 80 aksara.

Jadi, untuk para ibu bapa yang baru melahirkan anak, sila pilih nama yang mempunyai aksara yang kurang daripada 80.

BACA>>>> Koleksi Nama Bayi Perempuan Islam Bermula Huruf A

NAMA DENGAN MAKSUD BAIK

Pihak JPN juga menasihati para ibu bapa supaya meletak nama anak yang mempunyai maksud yang baik-baik.  Bukan itu sahaja, mereka juga diminta untuk tidak menggunakan singkatan dan mengeja dengan penuh. Sebagai contoh, ‘Abd’ mesti dieja Abdul dan Mohd seharusnya dieja Mohamad.

Jadi, kepada anda yang bakal menimang anak pada tahun ini, sila lah buat pilihan yang betul dan tepat. Jangan mengejar keunikan sehingga kita menyusahkan anak di masa hadapan.

BACA>>>> 5 Tip Pilih Nama Anak, Maksud Baik Mampu Pengaruhi Psikologi

SUMBERAstro Awani

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda