KUNCI kebahagian rumahtangga adalah kepercayaan. Sekali suami buat hal, maka keraguan dan hilang kepercayaan itu sudah pasti berlaku.

Keraguan inilah menjadi punca kenapa ramai isteri suka memeriksan telefon suami senyap-senyap, hingga membuatkan suami tidak selesa.

Persoalannya, adakah perbuatan ini wajar atau tidak? Apakah punca kepada perbuatan ini? 2 perkara ini cik abang semua kena tahu terlebih dahulu ya.

BACA>>> Curiga Suami Ada Perempuan Lain? Ini Cara Betul Perlu Anda Buat

KENAPA ISTERI PERIKSA TELEFON SUAMI

1. TRAUMA MASA LALU

Suami pernah kantoi curang dengan isteri menerusi aplikasi WhatApps adalah punca utama kepada perbuatan ini berlaku. Sakit dikhianati tidak mungkin memberikan semula kepercayaan isteri kepada anda.

Sebab itu, tidak hairanlah jika isteri kamu sering memeriksa telefon secara curi-curi. Tujuannya? memantau pergerakan dan sosial kamu di laman sosial. Bukan apa, isteri takut kejadian curang kamu akan berlaku semula.

2. KURANG PERCAYA DAN CURIGA PADA SUAMI

Apabila isteri sudah tidak percaya pada kamu, sudah pasti muncul rasa tidak selamat dan khuatir. Jadi, tidak hairan isteri akan memeriksa telefon kamu secara senyap-senyap.

Kawal sosial kamu di pejabat dan di luar, lagi-lagi apabila berkomunikasi dengan wanita lain sama ada yang bujang mahupun berkahwin. Tidak perlu terlalu menggunakan ayat lembut yang boleh mengundang curiga pada isteri anda. Hati-hati…

3. CURIGA PADA PERBUATAN SUAMI

Isteri ada kelebihan iaitu deria ke-6 yang boleh menghidu kecurangan dan perbuatan tidak baik kamu. PERCAYALAH!

Hati-hati isteri akan melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu dengan memeriksa setiap inci aplikasi dalam telefon kamu untuk mendapatkan bukti. Jangan terkejut bila isteri yang dulunya buta IT, kini boleh jadi pakar IT ya.

JADI, ADAKAH PERBUATAN ISTERI MEMERIKSA TELEFON INI NORMAL ATAU TIDAK?

Seorang psikologi dan terapis seks, Shannonn Chavez berkata, perbuatan itu dianggap sudah terlalu jauh apabila memeriksa telefon pasangan tanpa pengetahuan.

Adalah perkara biasa apabila pasangan mencurigai pasangan dan ingin mengetahui kehidupan sosial pasangan tetapi batasi tindakan kerana ia dianggap melanggar batas privasinya.

Apa kata, daripada periksa telefon pasangan senyap-senyap, tanya saja terus pada pasangan tentang perkara yang membuatkan anda curiga.

Selain itu, perbuatan ini juga menandakan cara komunikasi anda dan pasangan adalah tidak betul. Memang benar, anda akan lega apabila mendapat kepastian selepas memeriksa telefon pasangan tetapi adakah ia perlu dilakukan selama-lamanya untuk menghilangkan curiga anda.

Tidak bukan? Sebenarnya, ada cara yang lebih baik jika anda mahu periksa telefon pasangan.

BACA>>> 7 Sebab Kenapa Lelaki Curang Walaupun Sudah Berkahwin

ANDA BOLEH SAJA PERIKSA TELEFON SUAMI ASALKAN…

Ada beberapa suami isteri yang tidak ada masalah apabila pasangannya memeriksa telefon masing-masing tanpa menyembuhyikan kata laluan. Mungkin, mereka sudah bersepakat pada awalnya.

Psikolog di Playhouse District of Pasadena California, Ryan Howes berkata, hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan membolehkan pasangan menjalani komunikasi yang terbaik tanpa rasa curiga.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda