MENJADI suami terbaik adalah dambaan setiap lelaki. Namun, perkara itu bukan mudah kerana memahami isteri pula sesuatu yang sangat sukar. Kepada suami bergelar bapa, mari elakkan bertanya 12 soalan ini, takut nanti isteri sentap walaupun tanpa niat, terutama kepada si ibu yang baru menimang cahaya mata pertama.

Semoga bermanfaat menjadi suami dan bapa yang ohsem.

1. TOLONG BUAT ANAK TAK MENANGIS, BOLEH?

Bayi yang sedang menangis itu pun anak cik abang juga. Apa kata tolong isteri senyapkan anak menangis, terutama apabila nampak dia macam penat.

2. NAH, GILIRAN AWAK PULA TUKAR LAMPIN

Tanggungjawab menjaga anak ialah tugas bersama, bukan kepada isteri semata-mata. Masing-masing baru balik kerja dan penat. Isteri pula sibuk uruskan rumah. Apa salahnya cuba ringankan tangan tukarkan lampin anak. Bukan ambil masa lama sangat pun.

3. SAYA PENAT SANGAT, TAK BOLEH JAGA ANAK

Isteri pun penat. Buka saja mata jam 5 pagi, tugas ibu sudah pun bermula tanpa henti. Daripada menyusukan anak, bersihkan makanan dan minuman tumpah, dan menukar lampin. Apabila cik abang sampai rumah, sepatutnya bolehlah ringankan sikit kerja.

4. SERONOKNYA DAPAT LUANG MASA DENGAN ANAK SEHARIAN

Ya, memang seronok, tetapi menjaga anak pun memenatkan walaupun cuma di rumah. Kalau cik abang dapat rasa sendiri penatnya menjaga anak, pasti tidak berani lagi hendak tanya soalan macam itu.

5. MESTI SERONOK DAPAT LEPAK DENGAN KAWAN SAMBIL PEKENA KOPI DAN KEK

Ya, itulah impian setiap ibu selepas mempunyai anak. Tetapi isteri lebih rasa rugi dan rungsing apabila masa yang diluangkan itu tanpa kehadiran anak. Jadi, jangan tanya kenapa isteri memilih untuk berada di rumah dengan anak.

6. KASI ANAK SUSU FORMULA JE LA OK?

Sebelum bersalin, isteri memang sudah nekad mahu menyusukan anak hingga usia 2 tahun. Jadi, jangan sesekali cik abang rosakkan rancangan itu, sebaliknya berilah sokongan penuh.

7. KITA DAH LAMA TAK EHEM…

Ini memang tanggungjawab isteri, tetapi cik abang perlulah faham situasi. Ketika malam, isteri sibuk menguruskan anak. Jika menyusu badan, anak biasanya tidur ketika menyusu dan tidak hairan ibu pun tertidur sekali. Cik abang kenalah faham dan bawa-bawalah berbincang.

8. APA AWAK BUAT SEPANJANG HARI?

Jangan sesekali tanya soalan ini! Tahu atau tidak, 12 jam di rumah boleh berlalu sepantas 2 jam. Ibu tidak pernah duduk rehat, ada saja banyak kerja rumah yang perlu dia buat selain berkepit dengan anak. Siapa kata suri rumah sepenuh masa banyak masa?

9. “MAK SAYA RASA…” ATAU “MAK SAYA KATA…”

Apabila guna ayat ini ketika bercakap dengan isteri, dia akan menggangap apa yang dia buat itu salah. Tidak salah jika itu diucapkan secara positif. Nanti tidak pasal kecil pula hati isteri.

11. BILA AWAK NAK KURUS BALIK NI?

Kesibukan harian menyebabkan isteri tiada masa bersenam. Walaupun buat banyak kerja, itu tidak bermakna dia boleh senang-senang mengurangkan berat badan. Isteri mudah gemuk sebab biasanya dia akan habiskan lebihan makanan anak supaya tidak membazir.

12. SAYANG PENAT TAK HARI NI?

Hah, janganlah sebab kita nampak isteri di depan TV dengan anak ketika kita baru balik kerja, terus saja cik abang anggap isteri tidak penat dan mahu bersantai saja. Soalan ini seakan menyindir isteri.

Semua 12 soalan di atas nampak macam perkara kecil, tetapi mungkin boleh mengundang pertengkaran antara suami dan isteri. Jadi, cik abang perlu ambil peduli dan peka sebelum dilabel isteri sebagai suami tidak prihatin.

SUMBER: BellyBelly.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda