MENJADI isteri, ibu dan pekerja memang memerlukan tenaga yang banyak. Tidak cukup tidur menjadi salah satu punca kepada pelbagai masalah lain pada wanita, salah satunya mudah marah dan letih.

Sebab itu, cik abang kena sentiasa peka pada tanda-tanda ini, bila isteri mula menunjukkan tanda-tanda ini segera beri mereka rehat, me time mahupun bagi tidur yang lena selama 2-3 jam. Itu sudah cukup untuk mereka mengembalikan tenaga yang hilang.

Ini kami kongsikan tanda-tanda isteri kurang tidur untuk rujukan para suami di luar sana. Semoga bermanfaat.

BACA>>> Isteri Selalu Marah? Inilah 6 Sebab yang Suami Perlu Tahu Kenapa Isteri Stres

SEMUA SUAMI KENA TAHU 5 TANDA ISTERI TIDAK CUKUP TIDUR

1. SAKIT LAMBAT SEMBUH

Kalau sakit itu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman itu jadi perlahan sikit bila kurang tidur

2. ADA MASALAH BERAT BADAN

Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri itu pemalas tapi 2 hormon ini, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Itu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.

3. SELALU LUPA

Kurang tidur ini akan efek pada ‘long and short term memory‘. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Itu yang duduk pakai baju kelawar saja. Bukan tidak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.

4. TIDUR BERLEBIHAN PADA WAKTU SIANG

Banyak tidur waktu siang dan selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab itu, kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tidak tahu. Jangan!

5. ISTERI SELALU MOODY

Tidak cukup tidur ini akan menyebabkan isteri kita selalu melenting dan mudah marah (irritability & anger ). Bukan itu saja, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.

BACA>>> Isteri Asyik Melenting Tidak Tentu Pasal- Ini Cara Sejukkan Hatinya

Tolonglah perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tidak ada apa- apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.

Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda