SUAMI dan anak kerap jadi mangsa keadaan. Puncanya? Itu adalah kerana si isteri sudah tidak mampu menguruskan emosinya yang berat.

Jadinya, apa yang patut si suami lakukan? Biar sahaja? Banyakkan komunikasi atau bawa isteri pergi shopping? Baiklah, bagi para suami yang hendak bahagiakan rumahtangga anda, boleh teruskan baca artikel ini hingga habis. Mari kita sama-sama selesaikan masalah isteri anda yang kuat melenting itu.

INI CARA BOLEH SEJUKKAN HATI ISTERI

Tengah makan marah, semasa mandi marah, tengah shopping pun marah, tengah bawa kereta pun marah…..

Allahu, kadang tidak mampu menghadapi isteri yang kuat dengan sifat marahnya. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam serupa susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi.

Jika isteri marah,  lebih baik diam. Selawat dan minta Allah tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Cuba fahamkan apa isi hatinya.

CUBA TANYA DAN SELAMI HATINYA

Sayang abang yang cantik manis, boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Abang kesian dengan awak. Tapi, abang mampu diam sebab tidak tahu apa masalah sebenar”….

Isteri kemudian diam tundukkan wajahnya.

Rupanya dia terbeban. Ya, apa lagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.

Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk di rumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.

Tapi, dia tidak boleh. Dia juga perlu bekerja. Dia juga perlu  berusaha. Dia juga mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi perniagaan yang turun dan naik.

Itu membuatkan isteri akan jadi marah.

Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tidak tahu meletakkan marah itu dimana.

Sebab itulah yang kita lihat banyaknya status luahan di Facebook adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.

JADI APA YANG BOLEH ANDA BUAT SEBAGAI SUAMI?

Sama ada suka atau tidak, hadapi saja marahnya. Panasnya, emosinya, rajuknya dan leternya.

KENAPA ISTERI BERSIKAP BEGITU?

Sebab, hanya suami yang isteri ada. Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tekanan seperti lelaki. Isteri juga tidak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.

Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.

Tidak! Bukan perlu diselesaikan pun.

SUAMI MESTI FAHAMKAN PERKARA INI

Di sini anda harus faham dimana mereka tidak perlu menerangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.

Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda bahawa anda lelaki yang paling dia cinta dan percaya.

Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.

SUMBER: Petua Ibu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda