YA, inilah rahsia besar yang tidak ramai orang tahu, terutama pasangan suami isteri. Tetapi rahsia ini dikongsikan ustaz Sadini.

Ustaz Sadini ialah bekas doktor dan berkahwin dengan anak Mufti Brunei. Tutur katanya memang begitu menenangkan jiwa kepada mereka yang mendengar setiap tazkirah beliau.

Bagaimana hendak buatkAN suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami di luar sana yang meletakkan ego di depan sekali dalam membuat sebarang keputusan dalam hal rumah tangga?


Ustaz Sadini jawab;

“Sebelum tu saya hendak tanya, pernah tidak kamu mendoakan anggota badan suami kamu?”

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir, dan tanya lagi kepada yang lain.

“Ada doakan anggota badan suami? Suami pula, ada doakan untuk anggota badan isteri?”


Jawapan saya;

“Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, jadi suami dan ayah penyayang dan bertanggungjawab.”


Ustaz Sadini berkata;

“Baik. Saya tidak cakap benda itu salah ya. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara satu sama lain. Tapi tidak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang mawaddah (cinta) dalam rumah tangga”.

========================================================

CARA MENDOAKAN ANGGOTA TUBUH BADAN PASANGAN

========================================================

1. Pegang tangan suami atau isteri kita, usap tangannya sambil baca:
    —-Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar—-

Habis baca sambung,

Ya Allah, berkati tangan suami atau isteriku agar digunakan ke jalan yang baik, diharamkan daripada api neraka.

Pelik? Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini beritahu, ramai ingat doa makan dibaca ketika makan saja. Sedangkan banyak fungsi doa makan, untuk minta apa saja yang kita ada supaya diberkati Allah.

2. Ulang perkara sama pada setiap anggota badan pasangan kita.

3. Ketika isteri hamil, bacakan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.

4. Ketika sedang bersama, lekapkan tapak tangan di dada suami/isteri, dan bacakan doa tersebut, minta hatinya di berkati Alah dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara tidak disukai. Minta diharamkan hatinya daripada api neraka.

5. Jika suami bawa balik sekampit beras. Waktu dituang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga;

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar…………

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati Allah SWT.

KREDIT: Ustaz adini

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda