BARU-baru ini kami ada terima aduan daripada seorang isteri sengsara dan penat dengan sikap pemalas suaminya yang langsung tidak ambil peduli hal-hal menguruskan rumah tangga. Boleh baca kisahnya di pautan ini: sindiran pedas isteri pada suami pemalas dan penting diri. 

Kami cuba cari maklumat dan kaji punca dan sebab kenapa suami boleh bersikap malas sedangkan pada fasa awal perkahwinan, suami dia rajin membantu dalam setiap hal.

Berikut punca kenapa suami jadi malas di rumah dan tip ini dikongsikan Dr Zubaidi Hj Ahmad.

HORMON TESTOSTERON

Menurut Dr Zubaidi, tubuh setiap lelaki ada hormon kelakian, iaitu testosteron. Hormon ini sangat penting kerana:

  • Membantu menyemarakkan nafsu suami
  • Memberikan suami rasa untuk terus berjuang, bersaing, menjadi kreatif, lebih pintar dan matang.
  • Membantu suami supaya mampu melakukan tugas sebagai suami.
  • Mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan stres.

APA JADI JIKA SUAMI KURANG HORMON TESTOSTERON?

  • Suami tiada syahwat kepada isteri.
  • Mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang.
  • Tidak kreatif.
  • Tidak bekerja dengan lebih baik untuk keluarga.
  • Tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga.

Sedar atau tidak, suami yang sentiasa aktif, bersemangat dan bernafsu bersama isteri di ranjang ialah suami yang bersungguh-sungguh bekerja di luar rumah. Suami yang bersungguh di luar juga ialah suami yang bertanggungjawab di rumah.

FAHAMI KITARAN HORMON TESTOSTERON

Hormon ini mempunyai kitaran tersendiri. Ia tinggi padapawal pagi dan semakin menurun pada sebelah petang. Itulah puncanya zakar suami mengeras pada waktu pagi disebabkan hormon testosteron yang meningkat dalam tubuh.

Ramai lelaki akan mula menjadi lesu apabila senja. Ini bukan punca pengaruh jin, tetapi hormon ini semakin menurun pada petang. Jadi pulang saja dari tempat kerja, suami sudah letih dan tidak bersemangat mahu membantu isteri melakukan kerja rumah. Jangan mudah menganggap suami malas dan tidak sudi membantu, sebab memang badan suami sudah penat.

APA PATUT SAYA LAKUKAN?

Sebagai isteri, kita perlu memahami kitaran hormon ini untuk mengelakkan ketegangan bersama suami. Kalau asyik bergaduh saja ini menyebabkan hormon suami menurun dan tidak lagi bermaya dalam kamar tidur.

Kesimpulannya, semakin isteri bermasam muka dan membebel dengan sikap malas suami, semakin menurun hormon itu. Testosteron akan meningkat jika suami berasa puas dan berjaya melakukan sesuatu kerja dengan sempurna.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU SUAMI?

Sekiranya isteri memerlukan bantuan suami untuk melakukan kerja di rumah, cakaplah dengan senyuman dan pujian. Puji suami dengan berkata benda yang dia suka.

“Amboi abang, kacak betul abang sama macam kita mula jumpa dulu. Boleh abang tolong saya cuci pinggan?”

Suami pasti cair dengan godaan manja si isteri yang memujinya. Lama-kelamaan, lembut juga hati si suami untuk ringankan tulang.

Jangan bermasam muka ketika meminta bantuan suami. Hormon testosteron akan meningkat apabila suami melihat muka isteri yang manis dan memberikan ‘aura tambahan’ pada suami.

Tetapi suami, jangan pula gunakan alasan ini untuk tidak membantu isteri dalam uruskan kerja rumah. Apapun, saling bertolak-ansur dalam mengecapi kebahagiaan bersama pasangan.

SUMBER: DrZubaidi.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda