MASALAH sembelit atau susah buang air besar (akan dirujuk sebagai BAB) selalu mengganggu kesihatan si manja. Mana tidak risau, asal hendak BAB mesti dia kena meneran kuat. Kadang-kadang sampai menjerit, menangis dan menunjukkan ekspresi sakit.

Semua itu membuatkan kita semakin risau dengan kesihatan si manja. Kenapa anak sembelit dan bagaimanakah cara mengatasi masalah BAB? Jom cuba beberapa petua ini:

KENAL PASTI PUNCA

1. SUSU FORMULA

Bayi yang minum susu formula lebih cenderung mengalami gejala sembelit berbanding bayi yang hanya minum susu ibu.

2. KURANG AIR DALAM BADAN

Kekurangan air atau dehidrasi menyebabkan najis anak jadi keras dan kering.

3. SISTEM PENCERNAAN 

Perubahan atau pengenalan makanan baharu kepada bayi juga boleh jadi punca          sembelit kerana sistem pencernaan belum matang sepenuhnya.

4. GANGGUAN METABOLISME

Gangguan metabolisme boleh menyebabkan sembelit. Contoh, apabila berlaku gangguan metabolisme, gerakan usus si manja akan jadi tidak normal.


KENAL PASTI GEJALA SEMBELIT

1. KURANG ‘BAB’

Si manja kurang buang air besar seperti kebiasaan. Boleh jadi sampai tiga hari atau lebih dia tidak BAB.

2. NAJIS KERAS

Najis yang dikeluarkan kering dan keras, tidak seperti sebelumnya.

3. MENANGIS KETIKA BAB

Anak meneran dengan kuat ketika sedang BAB. Si manja juga akan menunjukkan ekspresi sakit atau menangis.


CARA MENGATASI

1. BERI AIR MENCUKUPI

Tambah kuantiti pengambilan air dapat membantu mengatasi masalah sembelit si manja. Selain susu ibu, boleh juga berikan jus buah sekurang-kurangnya dua kali sehari.

2. PILIH MENU SIHAT

Ketika dalam proses memperkenalkan makanan kepada si manja, pilih makanan yang kaya serat. Sayur seperti bayam, brokoli, kacang merah dan pear dapat mengurangkan potensi masalah sembelit kepada si manja.

3. TUKAR SUSU

Sekiranya si ibu mendapati susu formula menjadi penyebab si manja sembelit, sila tukar kepada jenama lain. Lebih baik jika kita bawa si manja berjumpa doktor untuk
berbincang apakah susu formula yang sesuai buat si manja.

4. AJAR ‘BAB’ SECARA TERATUR

Ajar si kecil BAB dan ke tandas secara teratur untuk mencegah masalah sembelit.

5. URUT

Urut bahagian abdomen bawah secara lembut. Kira-kira tiga jari di bawah pusat si kecil, di sebelah kiri dan urut selama 3 minit.

Urutan ini dapat membantu pergerakan makanan dalam usus dan memberikan tekanan lembut ke atas usus si manja.

6. JAGA KEBERSIHAN KAWASAN PUNGGUNG

Jaga kebersihan kawasan punggung bayi dengan menggunakan produk antiseptik atau losyen yang sesuai dengan kulit dan tubuh si manja.

7. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Sekiranya masalah sembelit berlarutan, bawa si manja mendapatkan nasihat doktor. Jangan sesekali beri ubat untuk memudahkan BAB tanpa nasihat mereka yang lebih pakar.

Bayi yang sihat membawa bahagia buat kita. Semoga bermanfaat buat semua!

SUMBER: BabyCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda