KENAPA ibu hamil tidak boleh pakai kasut tumit tinggi? Ada sesetengah ibu mengadu hilang rasa yakin dan tidak puas hati apabila tidak dapat lagi hendak bergaya. Maklumlah, masa bujang dulu memang sudah biasa berkasut tumit tinggi ke tempat kerja.

1. PENYAKIT SENDI DAN OSTEOPORASIS

Semasa ibu sedang hamil, kasut tumit tinggi boleh menyebabkan rasa sakit pada kuku kaki, bengkak jari kaki hingga menjadi radang kulit. Kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon dapat mengundang sakit pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki dan tangan.

Ia akan beri kesan kepada tulang belakang, sekali gus punggung  rasa sakit. Sepatutnya kaki digunakan untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

2. GANGGUAN KESEIMBANGAN BADAN

Semasa mengandung, pusat graviti mengalami peralihan, manakala pelvis berubah bentuk dan mengganggu bebanan berat yang bertambah disebabkan bayi dalam perut. Beban berat yang dibawa badan tertumpu di bahagian depan kaki, dan kestabilan badan akan terjejas.

3. KAKI BENGKAK

Penyakit kaki bengkak ketika hamil ialah normal buat ibu hamil. Tetapi kalau tetap berdegil hendak juga pakai kasut tumit tinggi, perkara ini boleh menyebabkan bebanan badan bertambah.

Bayangkan kalau pakai kasut tapak rata, keseluruhan kaki dapat menampung berat badan secara stabil, tapi kalau pakai kasut tumit tinggi? Bahagian depan kaki terpaksa tampung keseluruhan beban berat badan.

4. PERUBAHAN POSTUR BADAN

Dalam tempoh hamil, postur badan akan berubah mengikut usia bayi dalam perut. Perubahan pelvis akan ke depan (membuncit) dan berlaku lengkungan pada bahagian belakang badan. Kalau kerap sangat pakai kasut tumit tinggi, ia boleh menjadi punca otot betis sakit dan kejang.

5. JAGA KESELAMATAN

Disebabkan kestabilan badan terganggu semasa pakai kasut tumit tinggi, risiko tergelincir atau terseliuh lebih tinggi. Berat badan makin bertambah, kaki terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung berat badan. Kalau salah sikit, boleh tersadung dan membahayakan kandungan.

Pemilihan kasut yang betul sangat penting bagi menyokong berat badan dan kaki. Jadi pakailah kasut rata supaya dapat menjaga kesihatan dan keselamatan diridbersama bayi.

SUMBER: MomJunction

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda