RAMAI terpesona setiap kali tengok kulit artis Korea yang gebu, flawless, licin dan cantik! Geram sangatkan? Bila agaknya boleh dapat kulit cantik macam mereka ye?

Selain faktor genetik, memang orang Korea sangat rajin menjaga kulit dan kecantikan diri. Pengalaman ketika belajar di Korea dulu mengesahkan lagi tentang ketelitian masyarakat sana dalam hal menjaga kecantikan kulit.

Mula-mula rasa leceh betul. Tetapi sebenarnya kalau sudah terbiasa, ia jadi mudah, cepat dan pasti cantik. Berikut 10 rutin penjagaan kulit yang diamalkan wanita Korea:

1. CUCI MUKA

Cuci muka wajib dilakukan 2 kali setiap satu sesi. Langkah 1, cuci dengan sabun yang boleh tanggalkan segala minyak, kotoran dan solekan yang ada. Langkah 2, cuci muka dengan berus lembut untuk pastikan tiada kotoran yang tersumbat dalam pori. Pastikan gosok perlahan ya semasa mencuci wajah.

2. TONER

Guna toner untuk pastikan tiada minyak berlebihan. Elakkan guna toner yang ada alkohol kerana boleh buat wajah kering.

3. ESSENCE

Essence lebih kurang macam losyen untuk merawat kulit. Walaupun kulit tiada masalah, essence ini penting untuk memastikan kulit kita sentiasa dalam keadaan stabil (bebas masalah). Caranya, titikan essence pada dahi dan pipi, kemudian sapukan dengan gerak ke atas.

4. SERUM

Orang Korea memang gemar betul pakai serum. Bukan satu, tapi wajib ada 3 hingga 4 jenis serum. Pilih serum yang sesuai dengan keadaan kulit dan usia. Misalnya, serum untuk antipenuaan, pelembap wajah dan cegah jeragat.

5. TOPENG RAWAT KULIT

Sebaiknya pakai topeng rawatan kulit seminggu 2 kali. Cari masa yang sesuai yang mana anda boleh berbaring dan berehat supaya khasiat dan rawatan topeng boleh bekerja dengan lebih berkesan.

6. KRIM MATA

Krim mata mesti disapu 2 kali sehari, pagi dan malam. Ratakan krim dengan perlahan menggunakan hujung cari. Jangan kasar sangat, sebab bahagian mata lembut dan sensitif. Kalau saya, suka guna krim mata jenama Olay atau Estee Lauder. Ini bergantung kepada bajet masing-masing.

7. PELEMBAP

Pelembap ialah produk wajib ada bagi setiap wanita! Jangan sesekali tidak menggunakan pelembap selepas mencuci muka. Guna pelembap sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Seperti biasa, sapu perlahan dengan gerakan ke atas menggunakan hujung jari.

8. SEMBURAN ‘MIST’

Untuk nampak sentiasa segar dan solekan tahan lama, wanita Korea gunakan semburan ‘face mist’. Lepas bersolek atau bila-bila perlu, semburkan mist supaya kulit sentiasa lembap dan mendapat oksigen secukupnya.

9. PELINDUNG UV

Kalau mahu kulit terlindung dari terik matahari, wajib harus mesti pakai pelindung UV. Inilah rahsia kulit wanita Korea cantik, sejak kecil sudah pakai pelindung UV.  pilih pelindung UV dengan SPF 50 atau mengikut cadangan pakar kecantikan. Sebenarnya jenama Biore pun sudah bagus sangat.

10. RAWATAN WAJAH

Sekali-sekali luangkan masa untuk ke spa atau klinik pakar kulit untuk buat rawatan yang bersesuaian dengan keperluan kulit. Kalau perlu, lakukan ‘facial’ untuk bersihkan segala bintik hitam yang ada.

Selamat mencuba dan gebu sentiasa!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda