PUNYAlah bersemangat hendak jaga kecantikan, ada ibu sanggup bersolek sebelum masuk dewan bersalin! Tidak salah, memang bagus pun kalau kita ambil berat soal kecantikkan. Maklumlah, orang perempuan mesti mahu nampak cantik sepanjang masa.

Selepas bersalin, muka kita selalunya akan nampak pucat, kusam dan tidak bermaya. Tetapi jangan risau, kita boleh kembalikan keserian wajah bak Rozita Che Wan dengan amalkan beberapa cara mudah dengan modal tidak sampai 5 ringgit.

1. AIR KELAPA TUA

Air kelapa tua mengandungi mineral tinggi. Sediakan sedikit air kelapa dan sapukan pada wajah setiap pagi dan malam sebelum tidur. Boleh dibiarkan semalaman atau bilas muka dengan air selepas sejam.

2. AIR BERAS

Pernah dengar petua basuh muka dengan air basuhan beras kali ketiga? Memang berkesan tau! Caranya, basuh muka dengan air beras basuhan ketiga itu sambil berselawat dan berniat untuk naikkan seri wajah.

3. MASKER YOGURT

Yogurt asli memang terkenal melembapkan dan mencantikkan kulit wajah. Caranya, sapukan yogurt pada wajah seperti mask, dan biar selama 20-30 minit. Atau satu lagi petua, campurkan yogurt bersama air perahan lemon.

4. MASKER TOMATO

Lakukan sendiri masker tomato. Hancurkan sebiji tomato kemudian terus sapu rata di muka dan biar hingga kering. Kalau diamalkan, kulit muka akan lembap dan jadi kemerahan.

5. BEDAK SEJUK DAN MADU

Sekiranya ibu ada masalah kulit kering semasa berpantang, pakai bedak sejuk yang dicampur dengan madu asli. Ia boleh melembapkan dan menaikkan seri wajah.

6. BEDAK SEJUK DAN KUNYIT HIDUP

Kisar kunyit hidup dan campurkan dengan bedak sejuk. Pakai 2 kali sehari iaitu sebelah pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang.

7. BEDAK SEJUK DAN AIR ASAM JAWA

Perahkan asam jawa, ambil air asam jawa dan campur dengan bedak sejuk. Lakukan 2 kali sehari iaitu pada pagi dan petang.

8. UNCANG TEH

Jangan dibuang uncang teh yang sudah diguna. Ambil uncang dan letakkan pada bahagian bawah mata untuk hilangkan kesan lebam atau mata lebam akibat berjaga sepanjang malam.

9. AIR REBUSAN INAI

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

10. AIR AKAR KAYU

Rebus air akar kayu dan campurkan bersama ibu kunyit hidup untuk diminum setiap pagi dan petang. Air rebusan akar kayu dipercayai dapat menaikkan seri, membuang angin dan melancarkan peredaran darah.

Selain itu, boleh dapatkan ramuan air rebusan kunyit untuk melancarkan peredaran darah dan kembali langsing selepas bersalin resepi minuman selepas bersalin.

Selain jaga kecantikan, jangan lupa jaga juga pemakanan dan berdiet ketika berpantang. Boleh dapatkan senarai makanan berkhasiat di pautan ini: Ibu Berpantang Patut Makan 7 Makanan Berkhasiat Ini!

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda