LAZIMNYA bayi menyusu badan setiap 1 hingga 3 jam atau 10 hingga 12 kali sehari. Corak dan kekerapan ini berubah dari hari ke sehari atau dalam hari yang sama. Bayi yang sedang mengalami tumbesaran yang cepat akan menyusu lebih kerap dari biasa.

Kebiasaannya,  tempoh penyusuan adalah lebih kurang 20 hingga 40 minit. Tempoh yang panjang akan melebihi 40 mini atau sangat pendek kurang dari 10 minit.

Bayi yang sihat biasanya tiada masalah mahu menyusu, mereka akan menunjukkan tanda-tanda tertentu apabila lapar dan mahu menyusu (rujuk gambar di bawah);


TANDA AWAL

Sebelum bayi mula menangis dan merajuk akibat terlalu lapar, bayi menunjukkan tanda-tanda seperti;

  • Pertambahan pergerakan bebola mata semasa bayi terjaga atau di bawah kelopak yang terpejam (jika masih tertidur).
  • Bayi membuka mulut sambil lidah terjulur ke kiri dan kanan atau mulutnya seperti mencari sesuatu.
  • Kepala bayi terpusing sedikit ke kiri atau ke kanan mencari payudara ibu.

TANDA PERTENGAHAN

  • Bayi membuat bunyi mendesis perlahan dengan pertambahan pergerakan fizikal.
  • Bayi menghisap atau mengunyah jari, kain selimut atau apa sahaja yang berdekatan dengan mulut.

TANDA AKHIR

  • Tangisan adalah tanda terakhir, mungkin bayi akan merajuk dan sukar dipujuk.
  • Bila bayi menangis, sukar untuk menyusukannya dan tidak melekap dengan betul seolah-olah bayi enggan menyusu.
  • Jika berlaku, cuba tenteramkan bayi sebelum disusukan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda