SIAPA aja yang tidak suka shopping di Ikea bukan? Kami pun suka barang dan perabot di Ikea sebab harganya berpatutan, rekabentuk ringkas dan memenuhi keperluan. Di sini, kami senarikan 9 barangan bayi di Ikea yang sangat berbaloi untuk dibeli.

9 BARANG BAYI TERBAIK DI IKEA

1. SET MAKAN BAYI MATA (RM12.90)

4 alatan makan yang comel untuk si kecil. Sesuai untuk digunakan sebaik sahaja bayi anda mula mengambil makanan pejal. Selamat digunakan untuk ketuhar gelombang mikro.

2. KERUSI MAKAN ANTILOP (RM49.90)

Reka bentuk yang ringkas membuatkannya mudah dibersihkan. Ia juga mudah dipasang dan mudah juga diceraikan semula untuk di bawa ke mana-mana.

3. BIB OMTALIG (RM12.90)

3 untuk RM12.90 bagi kami adalah murah. Comel, ringkas dan mudah dipakai sesuai untuk semua keadaan. Boleh dipakai oleh bayi seawal baru lahir.

BACA>>>> 8 Barang Perlu Ada untuk Sambut Bayi Pertama

4. TAB MANDI LATTSAM (RM19.90)

Ringkas, praktikal dan murah.

5. MANGKUK KALAS (RM5.50)

6 mangkuk warna-warni yang boleh di gunakan dalam ketuhar gelombang mikro. Mudah untuk memanaskan makanan bukan hanya untuk kanak-kanak malah kita juga boleh menggunakannya untuk memanaskan pelbagai makanan.

6. LEKA MOBILE (RM19.90)

Selalunya harga di kedai pasti mahal. Produk ini lebih ringkas dan tidak begitu sarat. Tambahan pula ia diperbuat dari kain.

7. TRAK MENOLAK EKORRE (RM99)

Hrganya lebih murah dari biasa. Tambahan pula, ini lebih disyorkan daripada baby walker yang biasa.

8. TIKAR LEKA (RM119)

Ia diperbuat daripada kain maka ia boleh dilipat untuk mudah dibawa ke mana-mana. Tikar ini juga mempunyai permainan yang dijahit di bahagian tepi untuk simulasi si kecil.

9. BABY GYM LEKA (RM129)

Reka bentuknya ringkas memudahkan ia di bawa kemana-mana dan boleh disimpan dengan mudah.

BACA>>>> Tip Jimat Belanja Sambut Bayi Lahir! Jangan Beli Dulu 6 Barang Ini

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda