PENGAMBILAN asid folik begitu ditekankan adalah untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan serius pada kandungan yang berpunca daripada kekurangannya.

Ibu mengandung disarankan mengambil asid folik sejak awal kehamilan kerana anggota tubuh yang penting ini adalah yang pertama sekali terbentuk pada janin.

5 SEBAB ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU HAMIL 

  1. MENGURANGKAN RISIKO SUMBING

Menurut Medical News Today, selain masalah kecacatan tiub saraf, pengambilan asid folik juga penting bagi mengurangkan risiko terhadap sumbing (cleft lip / cleft palate)pada bayi yang dilahirkan.

2. ELAK KECACATAN TIUB SARAF

Menurut WebMD, pengambilan asid folik 1 bulan sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (neural tube defects) seperti spina bifida dan anencephaly sehingga 70%.

Ibu mengandung disarankan mengambil asid folik sejak awal kehamilan kerana anggota tubuh yang penting ini adalah yang pertama sekali terbentuk pada janin.

3. PENTING UNTUK PERKEMBANGAN BAYI

Kajian juga menunjukkan ia dapat mengurangkan masalah kerosakan jantung serta kelahiran pramatang.

Asid folik turut mempunyai fungsi yang mustahak bagi menyokong keperluan sel-sel plasenta serta janin yang berkembang pesat.

4. CEGAH ANEMIA

Bukan saja penting untuk bayi, tetapi asid folik mempunyai peranan signifikan dalam memproduksikan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

Sebagai tambahan, ia turut membantu proses pembahagian dan perkembangan sel, sintesis serta membaikpulih DNA & RNA.

5. MENGURANGKAN KOMPLIKASI SEMASA HAMIL DAN KELAHIRAN

Akhir sekali, pengambilan asid folik secukupnya dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat, dan pre-eclampsia.

SUMBERSirap Limau

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda